Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini difahamkan masih belum mendaftar perkahwinan mereka selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Hanya Sekali Lafaz, Rizky Febian & Mahalini Sah Bergelar Suami Isteri..Beri Jongkong Emas Sebagai Mas Kahwin
Belum daftar pernikahan
Memetik laporan CNN Indonesia, pihak Mahkamah Syariah Jakarta Selatan baru sahaja menerima permohonan mendaftar pernikahan daripada pasangan itu pada 10 Oktober lalu.
Rizy dan Mahalini sudah bernikah pada 10 Mei lalu tetapi perkahwinan mereka masih belum berdaftar kerana tiadanya butiran lengkap.
Pernikahan mereka itu perlukan bukti bertulis jadi mereka perlu mendaftar perkahwinan mereka.
Disebabkan itu, kami meminta agar Rizky dan Mahalini menghadirkan diri ke mahkamah syariah untuk berbuat demikian.
Beri ruang pada Rizky dan Mahalini
Sementara itu, wakil kepada Rizky yang juga merupakan teman rapat kepada Sule iaitu Dicky Chandra memaklumkan bahawa pernikahan anak rakannya itu sah dari segi agama.
Tambah Dicky, terdapat beberapa hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu susulan perubahan status agama Mahalini selepas berkahwin.
Perkahwinan mereka sah dan cukup syarat-syarat nikahnya. Tak perlu nak diperbesarkan hal ini.
Mahalini baru sahaja masuk Islam dan mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Beri mereka ruang untuk fokus uruskan rumah tangga sendiri.
Terbaharu, Rizky dan Mahalini diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada 4 November depan bagi urusan pendaftaran pernikahan mereka.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan pada 10 Mei lalu.
Sumber: CNN Indonesia, BeritaSatu.com