berita

Rizky Febian Sekali Lagi Adakan Konsert Di Malaysia, Kali Ini Bawa Berona Buat Peminat

September 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Konsert Rizky Febian

Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian bakal mengadakan konsert keduanya bertempat di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 3 November ini.

Artikel Berkaitan: Parade Hujan X Sore Bakal Temui Peminat 30 September Ini!

Pelancaran album baharu

Konsert Rizky Febian

Konsert yang diberi nama An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian ini diadakan bersempena dengan pelancaran album terbaharu penyanyi sensasi berusia 25 tahun itu yang diberi nama ‘Berona’.

Bakal berlangsung selama 2 jam, Rizky atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna bakal mendendangkan 15 buah lagu dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa.

Album ‘Berona’ ini tampil dengan 10 lagu baharu hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia iaitu Gangga, Adhitya dan Basboi.

Dan tujuan utam konsert kali ini diadakan adalah untuk mempromosikan album terbaharu di samping dapat menyapa para peminat saya di Malaysia.

Lebih istimewa, Rizky memaklumkan bahawa beliau bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya itu nanti.

Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang berlatar belakangkan muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Tiket serendah RM179

Konsert Rizky Febian

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasa Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal mendedahkan pemilihan Rizky dibuat atas faktor pengaruh kuat yang dipunyainya dalam kalangan peminat muzik tanah air.

Rizky mempunyai banyak pengaruh yang kuat di kalangan penggemar muzik tempatan dan beliau merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu.

Dengan itu, kami tak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya.

Untuk makluman, tiket konsert akan dijual bermula jam 12.30 tengah hari pada 7 September 2023 di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM179, Terpesona (Normal Seating) RM199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399.

SKIP THIS AD ×