berita

RM10 Cukup Besar Bagi Saya – Sanggup Berjalan Sejauh 2KM Sambil Menggendong Anak…Sebak

March 8th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_8Mac

Sering kali kita mengeluh dengan ujian dan musibah yang melanda, namun sedarkah kita bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Ada yang terpaksa membanting tulang siang dan malam demi untuk mencari sesuap nasi.

Macam kisah seorang wanita ini, beliau terpaksa berjalan sejauh 2km sambil menggendong bayi untuk mencari barangan kitar semula. Dan pendapatan hariannya hanya sekitar RM10 sahaja…

Menggendong bayi berusia 3 bulan sejauh 2km

Screen Shot 2017-03-08 at 3.19.43 PM

Foto kredit: Harian Metro

Demi mencari rezeki, ibu ini sanggup berjalan sejauh 2km setiap hari sambil menggendong bayi berusia 3 bulan mengutip barangan kitar semula.

Wanita ini yang dikenali sebagai Selly Lee ini merupakan Orang Asli bersuku Seletar. Dia hanya berserah kepada Allah bagi melindungai keselamatan dan kesihatan bayi serta 2 lagi anaknya yang dibawanya bersama sepanjang dua hingga 3 jam mencari rezeki.

Kedaifan hidup bukan suatu yang asing bagi saya yang berasal dari Kampung Simpang Arang di sini, namun keluarga kami kurang bernasib baik kerana suami sukar mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya menjadi penjaja.

Ia mungkin kerana status saya sebagai warga asing iaitu berasal dari Kemboja, namun saya bukan pemalas, selain melakukan yang terbaik untuk kami. Walaupun susah, anak sulung saya berusia tujuh tahun bersekolah kerana kami sedar tanpa ilmu, anak kami akan ketinggalan jauh.

Menurutnya lagi, pendapatan yang diperolehinya seharian digunakan untuk membeli makanan mengisi perut anak-anaknya.

Mengalas perut dengan air suam

Ibu ini hanya mengelas perut dengan air suam sebelum keluar rumah dan bagi mengelakkan anaknya ditinggal bersendirian dirumah, dia nekad membawa ketiga-tiga anaknya bersama.

Pada hari persekolahan, dia mula keluar pada waktu tengah hari selepas anak sulungnya pulang dari sekolah. Manakala pada hari cuti dia akan keluar rumah pada waktu pagi.

Saya hanya berserah kepada Allah. Asal tidak mencuri atau menipu…saya bersyukur kerana mampu mencari rezeki halal biarpun dengan mengutip tin untuk menyara anak.

Suami Selley, Amni Ibrahim, 28 bekerja sebagai penjaja dan mendapat pendapatan kurang RM500 sebulan.

‘Hasil RM10 setiap hari cukup besar bagi saya’

Kini sudah lebih sebulan saya bergerak mengumpul barang kitar semula dan hasil RM10 setiap hari cukup besar bagi saya terutama bagi menampung kos pembelian susu anak bongsu.

Sekiranya letih, kami berehat di pondok bas berhampiran. Ibu bapa mana mahu melihat anak susah tetapi saya pasti dengan usaha saya serta suami, nasib kami akan berubah kelak

Manurutnya, dia sedar berkaitan risiko keselamatan dan kesihatan dihadapi anak-anaknya kerana terdedah kepada udara tercemar selain berada di kawasan sibuk, namun kerana tiada pilihan dia terpaksa meneruskan kegiatan berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru berkata, pihaknya akan menjalankan tinjauan dan siasatan berkaitan kes berkenaan.

sumber : Hmetro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×