berita

RM2.10 Untuk Setiap Barang! Ninso Tawar Pelbagai Produk Dengan Harga Terbaik Buat Korang.

October 25th, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Wanita dan membeli-belah memang tak dapat dipisahkan. Ia dah jadi satu terapi especially bila tengah stress. Shopping dekat mana tu tak penting. Yang penting, dapat membeli banyak barang dengan harga yang berpatutan.

Untuk dapatkan barang berkualiti dengan harga terbaik, korang bolehlah shopping dekat Ninso. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu RM2.10 untuk setiap barang. Awesome kan?

Dekat Balakong pun dah ada Ninso!

Sekarang, warga Cheras  dan Balakong dah tak payah nak pergi Selayang semata-mata nak shopping di Ninso. Kerana apa? Sebab Ninso dah buka outlet terbaru mereka di Balakong. Baru saja dibuka pada 25 Oktober 2019, outlet Ninso Balakong mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Yang bestnya, Ninso Balakong ni besar dan setiap barangan disusun rapi mengikut seksyen. Mudahlah korang nak cari barang. Semuanya barangan buatan Malaysia dan kualitinya dijamin oleh pihak Ninso sendiri. Ni bukan barangan yang dah dekat dengan tarikh expired tau! Semuanya barangan baru.  Jadi jangan buat spekulasi yang mengarut.

Ada pelbagai barangan untuk korang pilih.

Di Ninso, ada lebih 100,000 barangan. Senang kata, korang cakap je nak apa. Semuanya ada! Set kutlari, keperluan dapur, barangan mandian dan banyak lagi yang Ninso ada. Korang boleh cari apa saja barang yang korang nak. Dari yang kecil sampai yang besar, semua ada termasuklah barangan plastik, seramik, kaca, alat tulis, buku kanak-kanak,kosmetik, stainless steel dan banyak lagi.

Disamping itu, korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis makanan ringan yang terdiri daripada keropok, kerepek, biskut, minuman bergas dan banyak lagi. Oh ye! Gula-gula pun ada kalau korang nak. Boleh la beli buat stok kudapan dekat office.

LIKE & SHARE untuk menang hadiah!

Sempena dengan pembukaan outlet Ninso Balakong, mereka ada buat pelbagai giveaway melalui lucky spin untuk korang sertai. Cara nak dapatkan freegift ni mudah je.

  1. LIKE dan SHARE page mereka. (public post tau)
  2. Hadirkan diri di Ninso Balakong.
  3. Putar lucky spin korang disana dan menangi pelbagai hadiah menarik.

Antara hadiah yang ditawarkan ialah Coke, kopi, syampu rambut, penyegar udara, gula-gula plum, wafer gulung, Vita crips, M&G pen (pen merah gel), makanan ringan jenama layang, win sweet potato crips dan juga hamper untuk pemenang paling bertuah.

Maka, pastikan korang join peraduan like dan share ni. Kalau tak memang putih matalah, sebab setiap putaran tu memang ada hadiahnya. Cuma tak tahu, korang dapat apa je. Mana la tahu, korang pemenang hamper bertuah tu.

** Tertakluk pada terma dan syarat

Bagi yang berbelanja RM50 ke atas, korang akan dapat 1 token untuk digunakan di toys vending machine. Token ni terhad kepada 500 orang terawal saja tau! Siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah.

Facebook: Ninso WM

Website: Ninso WM

Intagram: Ninso WM

Ninso Balakong

Tarikh pembukaan: 25 Oktober 2019

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Alamat: Unit 13-17 lot 2635, Mukim Cheras, 43200 Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Eshan.

SKIP THIS AD ×