berita

Rogol Anak Kandung Sebanyak 20 Kali, Bapa Sanggup Dimandulkan Sebagai Tanda Permohonan Maaf

January 28th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sangka, seorang insan yang bergelar bapa tergamak menghancurkan masa depan anak kandungnya sendiri. Si bapa didakwa telah merogol anak gadisnya sebanyak 20 kali. Kejamnya!

Bapa sanggup dimandulkan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan daripada Indonzone, seorang bapa yang berusia 55 tahun ini telah mengaku bersalah atas perbuatan merogol anak gadisnya yang berusia 13 tahun. Perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan oleh suspek sebanyak 20 kali sejak tahun 2018 yang lalu.

Suspek yang telah ditahan itu memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara terkutuk itu semasa ketiadaan isterinya di rumah atau ketika si isteri sedang sibuk masak di dapur. Tetapi apa yang paling tidak disangka-sangka adalah gadis ini bukan sahaja menjadi mangsa si bapa durjana tetapi turut menjadi mangsa abang kandungnya sendiri.

Jadi mangsa abang kandung juga!

Abang mangsa yang berusia 15 tahun itu mengaku tergoda setiap kali melihat tubuh badan adiknya lebih-lebih lagi ketika dia sedang tidur. Difahamkan, abang mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh kerana terpengaruh dengan video porno yang ditonton.

Susulan daripada itu, kedua-dua bapa dan abang mangsa telah mengaku bersalah dan meminta maaf kepada ahli keluarga yang lain atas perbuatan terkutuk mereka. Pihak berkuasa juga mencadangkan agar mereka berdua  dimandulkan sebagai hukuman tambahan. Oleh hal demikian, si bapa mengatakan dia bersedia dengan hukuman tersebut sebagai tanda permohonan maaf atas kesalahannya itu.

Sumber: Indozone

SKIP THIS AD ×