berita

Rogol Anak Sendiri Sejak Berumur 10 Tahun, Peniaga Tebu Berdepan 67 Pertuduhan Rogol!

February 24th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang bapa yang sepatutnya melindungi anaknya tergamak merogol anak kandung sendiri. Kejadian yang berlaku di Klang itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan prilaku lelaki tersebut seperti binatang.

4 tahun rogol

Lelaki yang berniaga air tebu itu bakal berdepan 67 pertuduhan merogol anak perempuan kandung dan rakan anaknya berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen hari ini 24 Februari 2021. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli lelaki berusia 42 tahun itu akan berdepan 58 pertuduhan merogol anaknya, dan sembilan tuduhan merogol rakan anaknya.

Kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk tuduh terhadap suspek mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan. Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah

Tambah beliau lagi, kejadian menimpa anak kandungnya berlaku sejak mangsa berusia 10 tahun, manakala rakan anaknya pula dirogol sejak Ogos 2020 hingga Januari lalu sebelum suspek ditahan 10 Februari lalu. Lelaki tersebut ditahan selepas rakan anak suspek membuat laporan polis selepas lelaki terbabit didakwa merogolnya di sebuah rumah pada 7 Januari lalu.

Buat laporan selepas kawan ambil tindakan

Anaknya bertindak ke balai polis bersama ibunya membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari rakannya membuat laporan polis berhubung kes terbabit. Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu suspek merogolnya sejak berusia 10 tahun.

Rata-rata di ruangan komen mengkritik tindakan bapa itu yang sangat kejam dan tidak prikemanusian. Tak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata kesat berupa cacian dan makian.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×