berita

Rogol Berkali-Kali & Paksa Mangsa Makan Pil Perancang, Pendakwah Selebriti Dipenjara 1,075 Tahun

January 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pendakwah terkenal yang sering muncul di kaca televisyen telah dijatuhi hukuman penjara selama 1,075 tahun kerana terlibat dalam pelbagai kes terutamanya melibatkan jenayah seksual.

Pendakwah terkenal dipenjara

Berdasarkan laporan Malay Mail, suspek yang dikenali dengan nama Adnan Oktar itu ialah seorang pendakwah selebriti dan merupakan ketua kultus di Turki. Suspek yang berusia 64 tahun itu dijatuhi hukuman penjara atas beberapa kesalahan termasuklah berkaitan penipuan, skandal seksual di bawah umur, gangguan seksual dan sebagainya.

Malah, suspek juga dikatakan dikelilingi dengan wanita berpakaian seksi dengan menggelar mereka sebagai ‘anak kucing’ selain mengarahkan para wanita berkenaan menari di hadapannya sambil memasang alunan muzik.

Paksa mangsa makan pil perancang

Tidak cukup dengan itu, suspek juga telah mengaku di hadapan mahkamah bahawa dia mempunyai hampir 1,000 teman wanita. Seorang mangsa turut tampil memberi keterangan dan mendakwa dirinya telah dirogol berkali-kali oleh suspek.

Malah mangsa mengaku dirinya bersama wanita lain telah dipaksa mengambil pil perancangan supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kehamilan. Difahamkan, terdapat beberapa mangsa lain yang mempunyai nasib yang sama seperti mereka. Hasil daripada siasatan, pihak polis turut menemui 69,000 pil perancang keluarga berada di kediaman suspek.

Sumber: Malay Mail, The Guardian

SKIP THIS AD ×