Rogol merupakan satu serangan seksual tanpa rela ke atas seseorang individu. Ini merupakan jenayah yang sangat serius yang sering berlaku pada hari ini. Namun, bagaimana sebagai mangsa rogol boleh membela nasib mereka? Bagaimana jika mangsa dalam keadaan mabuk atau tidak sedarkan diri? Ikuti penjelasan peguam ini dari sudut undang-undang.
Rogol ketika mabuk
Lebih 5K retweet, seorang peguam berkongsi fakta penting untuk mangsa rogol di bawah pengaruh alkohol. Mungkin ramai yang ingin tahu siapa yang bersalah dalam hal ini dan cara-cara untuk membela nasib mereka.
Boleh diklasifikasi sebagai rogol
Gunakan saluran yang betul jika anda menjadi mangsa rogol. Namun bagi kes perempuan di bawah umur 16 tahun, ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol walaupun seara sukarela. Mangsa berisiko untuk diambil tindakan sivil sekiranya pihak mahkamah dapati cerita itu tidak benar dan tidak dapat lampirkan bukti.
Buat laporan ke balai polis
Perkara yang harus dilakukan pertama sekali selepas menjadi mangsa rogol, segeralah ke balai polis berhampiran. Pastilan sebelum ke balai tidak mandi, cuci anggota tubuh atau salin pakaian kerana setiap bukti pada badan adalah sangat penting untuk rujukan akan datang.
Bukti teknikal hanya melalui saksi atau dokumen
Jika kes ini berlarutan, kemungkinan sangat sukar untuk diselesaikan kerana tiada bukti kukuh atau saksi sukar dicari. Apa yang penting jangan melengahkan masa untuk membuat aduan mengenai perkara serius ini. Semoga kita dilindungi tuhan dari sebarang perkara tidak diingini.
Sumber : Hafidzah