berita

Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Lelaki Dihukum Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

December 3rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang lelaki dihukum penjara 7 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Seksyen Ayer Keroh hari ini (Jumaat), atas dua kesalahan termasuk melakukan amang seksual dan merogol.

Artikel Berkaitan: Pelajar IPTA Berdepan 5 Pertuduhan Rogol Dua Remaja Perempuan Bawah Umur Di Sekolah

Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas Bakal Didakwa 9 Pertuduhan Gangguan Seksual, Rogol Remaja 14 Tahun

Mengaku bersalah dua pertuduhan

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis bawah umur hingga melahirkan anak, bulan lalu.

Difahamkan, pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 17 tahun di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Siantan, pada akhir Februari lalu, kira-kira jam 3 petang. Manakala, bagi pertuduhan kedua dia dituduh melakukan amang seksual fizikal dengan mencium leher, meramas payu dara dan kemaluan mangsa di tempat, masa dan pada tarikh sama.

Susulan itu, Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendengar pengakuan tertuduh Muhammad Hazziq Ramdan, 20, dan mensabitkannya dengan dua pertuduhan. Menurut Darmafikri, kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana membabitkan remaja bawah umur serta turut menyebabkan mangsa mengandung dan melahirkan bayi.

Kenal melalui aplikasi TikTok

Dalam pada itu, ibu mangsa yang membuat laporan polis memberitahu anak perempuannya telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang dikenali di aplikasi Tik Tok dan tinggal di Pangsapuri Flat Sri Siantan, Bukit Baru.

Dilaporkan, mangsa telah melahirkan bayi terbabit di dalam tandas di rumahnya dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut kira-kira jam 12 tengah malam pada 18 November lalu.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×