berita

Roh Dinobat Filem Terbaik FFM31, Zul Ariffin Diangkat Sebagai Pelakon Terbaik

December 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Anugerah berprestij iaitu Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sudah melabuhkan tirai, pada malam Jumaat.

Filem Roh menang besar

Majlis anugerah yang diadakan dalam suasana norma baharu itu dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah.

FFM 31 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Datuk M. Nasir, Jaclyn Victor, Sabri Yunus, Liza Hanim, Haqiem Rusli, Mus May, Datuk Shafinaz Selamat & Ella.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Juri 3 dan Anugerah Box Office.

1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 – Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 – Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 – Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik – Roh

DKD nilai RM500,000

Dalam pada itu, buat julung kalinya, pemenang Filem Terbaik FFM31 menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000. FFM31 menyaksikan 55 filem yang dihasilkan pada 2018 hingga 2020 dipertandingkan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber: Instagram @officialffm31

SKIP THIS AD ×