berita

Rombongan Pengantin Tersalah Rumah, Sempat Tukar Hantaran ‘Semuanya Sebab Google Maps!’

April 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongannya telah tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain.

Menerusi rakaman video Borobudur News, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jawa, Indonesia. Suasana di majlis tersebut turut kelihatan kecoh dalam kalangan pihak pengantin lelaki apabila mereka tersalah alamat.

Silap Google Maps

Menerusi laporan Tribunnews, pengantin wanita dikenali sebagai Ulfa memberitahu bahawa dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan terbabit kerana sedang bersolek.

Keluarga juga tidak kenal sangat ahli keluarga pengantin lelaki. Tetapi keluarga mengalu-alukan kehadiran mereka dan acara pertukaran hantaran juga sudah diadakan. Bagaimanapun, salah seorang daripada rombongan itu secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dan memohon maaf.

Tambah Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana mereka berhenti mencari tandas.

Terkejut dan bingung

Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan. Saudara ada bertanyakan kepada mereka, siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.

Akibat tersilap rumah, saudara membantu dan menghantarkan rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak tidak jauh dari kampung ini. Kebetulan pada hari kejadian iaitu Ahad, dua majlis perkahwinan berlangsung dan boleh menimbulkan kekeliruan.

Video tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain itu telah mendapat lebih 200 ribu tontonan. Rata-rata tetamu dan ahli keluarga Ulfa turut terhibur apabila rombongan yang diterima oleh mereka bukan rombongan yang benar.

Sumber: Borobudur News & Tribunnews

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×