berita

Rooftop Bergegar! Pengunjung Sakan Bertemasya Di ‘Atas Angin Festival’

August 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Atas Angin

Atas Angin Festival yang berlangsung di Rooftop 7 MyTOWNKL pada hujung minggu lalu berjaya memberikan kepuasan kepada para pengunjung dengan persembahan-persembahan ‘outstanding’ daripada penyanyi dan band tempatan.

Artikel Berkaitan: 13,000 Pengunjung Gamatkan Nusafest

15 jam layan lagu lokal

Atas Angin

Tahun ini merupakan tahun keenam penganjuran Atas Angin Festival dan untuk kali ini empat pentas persembahan disediakan iaitu ‘Soundloud Stage’, ‘Indie Nasional Stage’, ‘Kongsi Suara Stage’ dan ‘Burn Tau Stage’.

Kehadiran lebih 6,000 pengunjung dihiburkan dengan 75 barisan artis tempatan yang juga terdiri daripada band lokal antaranya Masdo, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, iamNEETA, 6ixth Sense, Amir Jahari, Oh Chentaku dan ramai lagi.

Walaupun cuaca tidak cerah sepanjang hari, para penggemar muzik lokal tetap setia menikmati persembahan artis kegemaran mereka selama 15 jam bermula dari jam 9 pagi hingga jam 11.30 malam.

Antara yang menarik perhatian adalah keunikan fesyen yang digayakan oleh peminat-peminat muzik lokal. Ada antara mereka yang mengenakan pakaian ‘punk’, ‘skinhead’, ‘thrifted streetwear’ dan pelbagai lagi.

Dalam padu itu, festival ini juga dilihat membuka peluang kepada pengusaha produk lokal untuk mengetengahkan barang-barang jualan mereka.

SKIP THIS AD ×