Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan dia pernah terdetik untuk berhenti menyanyi pada tahun 2015 disebabkan sudah kekeringan idea menghasilkan lagu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Fail Cerai Ketika Rossa Tengah Buat Konsert Di Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan: 5,000 Meriahkan Konsert Rossa ‘Another Journey: The Beginning’
Berhenti nyanyi, bawa diri
Menurut Rossa, dia juga pernah berniat untuk menjual aset miliknya dan ingin membawa diri menetap di luar negara.
Sebenarnya saya terdetik untuk berbuat perkara tersebut (jual aset dan berhenti menyanyi) kerana ketika itu sudah tidak tahu ingin hasilkan muzik yang bagaimana lagi.
Saya rasa seperti sudah kehabisan idea. Ada juga timbul rasa sudah tidak relevan dengan kemajuan muzik semasa.
Saya sudah hasilkan agak banyak juga lagu dan saya tidak suka keluarkan lagu yang seakan-akan lagu sebelumnya atau erti lain pengulangan.
Sebab itu saya rasa macam nak berhenti menyanyi dan jual aset-aset yang saya miliki dan mahu berpindah ke luar negara.
Tambah pelantun lagu Hijrah Cinta ini, dia berniat bertindak demikian kerana merasakan sudah tidak relevan dalam industri selain kurang yakin dengan diri sendiri untuk bersaing dengan ramai pendatang baharu.
Saya juga lihat semakin ramai artis dan penyanyi yang meningkat naik ketika itu dan bakat mereka semua bagus.
Saya berfikir adakah mampu untuk bersaing dengan pendatang baharu atau tidak.
Mungkin saya kurang percaya pada diri sendiri juga ketika itu dan fikir mahu jadi karyawan sahaja.
Sekadar info, sebuah filem dokumentari yang bertajuk All Access To Rossa 25 Shining Years menceritakan tentang perjalanan karier seni penyanyi diva terkenal Indonesia bernama Rossa.
Filem arahan Ani Ema Susanti itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos ini.
Filem dokumenteri yang diproduksi oleh Inspire Pictures dan Sinemaku Pictures itu juga bakal menerjah pawagam Malaysia pada September depan.