Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa berang tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.
Rosyam Nor nak ambil tindakan undang-undang
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor bin Shamsuddin berkongsi beberapa paparan skrin kenyataan yang kononnya Rosyam telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.
Susulan daripada itu, Rosyam akui perkara tersebut secara tidak langsung telah mencalarkan nama baiknya dan disebabkan itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.
Korang tunggu. Aku seret korang pergi mahkamah.
Buat fitnah dan aibkan orang,
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Rosyam selain berharap perkara ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan kenyataan fitnah.
Yes finally Dato bersuara sebab ramai je gunakan nama Dato. Harap dapat bersihkan nama Dato berkaitan isu yang tengah panas ni.
Seret je, bagi mereka sedar diri! Jangan suka-suka buat kenyataan fitnah.
Bagus buat macam nia supaya orang berhati hati ketika komen.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Rosyam Nor