Dramatis popular, Rozita Che Wan menyelar tindakan segelintir netizen yang mengutuk wajah pelakon Fathia Latiff.
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Muat Naik Foto Bersama Che Ta, Netizen Komen; ‘Filter Apa Dia Guna?’
Artikel Berkaitan: ‘Tunggu Sahajalah Surat Saman Saya’ – Fathia Latiff
‘Muka kau macam siku’
Bagi Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta, Fathia memiliki wajah yang cantik justeru dia berharap agar budaya ‘face shaming’ dihentikan.
Dia ada mesej saya kata nak datang rumah beraya, alang-alang saya buat open house terus ajak dia. Dia datang pun sekejap sahaja.
Tak baik netizen mengata fasal dia. Jangan face shaming atau body shaming dia, orang yang mengata fasal Fathia itu saya teringin nak tengok muka dia cantik macam mana.
Orang yang mengata itu dulu muda-muda cantik tak macam Fathia? Kadang-kadang yang mengata itu tak tengok cermin, muka kau pun macam siku.
Jangan nak komen yang dasyat-dasyat dekat IG dia, apa yang kalian komen itu mencerminkan siapa diri kalian.
Che Ta berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu video temu bual bersama Mstar.
Dalam temu bual sama, Che Ta berkata hubungan dia dengan aktres tersebut sangat baik memandangkan mereka juga pernah bekerjasama dalam beberapa buah naskhah.
Siapa pun kawan saya, saya baik sahaja dengan semua walaupun mereka sedang berdepan dengan masalah.
Saya sangat simpati dengan nasib dia, hanya dia yang tahu apa dia lalui. Kita semua tidak tahu, mungkin dia sedang kecewa atau sebagainya.
Hubungan saya dengan Fathia sangat baik. Dulu masa mula berlakon, saya berlakon dengan dia. Saya pernah bawa watak jadi ibu kepada dia. Banyak kami bercakap dan berborak.
Fathia seorang yang sangat manja, itu yang saya nampak ketika kami shooting sama-sama.
Sumber: Mstar