Dramatis popular, Rozita Che Wan memberitahu dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya iaitu aktor Zain Saidin.
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Zain Berani Curang, Isteri Pula Macam Harimau’ – Rozita Che Wan
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Berang Netizen ‘Face Shaming’ Fathia Latiff – ‘Yang Mengata Tu Tak Tengok Cermin, Muka Kau Pun Macam Siku’
Che Ta busy melawa
Menurut Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta, dia dan suami meletakkan kepercayaan antara satu sama lain dalam hubungan mereka.
Ramai DM saya tanya, saya check tak telefon Zain? Saya kata tak kuasa nak check telefon dia. Saya punya telefon sendiri pun tiada masa nak tengok, nak balas mesej.
Konsep kami berdua adalah saling mempercayai antara satu sama lain.
Che Ta berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya.
Pada hantaran sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun memberi amaran kepada Zain sekiranya dia berani melakukan hal yang tidak sepatutnya.
Walaupun percaya, tapi kalau dia cari fasal sekali. Buat hal dekat saya, siap lah. Masa itu lah baru tahu langit tinggi ke rendah.
Tak ada masa nak check telefon, tapi kalau bab bersiap melawa saya sentiasa ada masa. Nak make up saya ada masa, nak spot check suami saya tiada masa. Gitu.
Sumber: Instagram