berita

Rozita Che Wan Rai Kejayaan Anak Lelaki Genggam Degree, Netizen ‘Kalut’ Cari Mana Bapa Kandung

October 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Rozita Che Wan berasa gembira apabila kedua anak lelakinya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda (degree).

Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersolek, Ini Respon Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu ..’

Kerja keras cari duit

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta meluahkan rasa syukur kerana pengorbanan selama 12 tahun bergelar ibu tunggal akhirnya membuahkan kejayaan daripada anak-anak.

Kata Che Ta, 49, dia tidak pernah memikirkan soal diri sendiri ketika menjadi janda sebaliknya sibuk mencari duit demi pelajaran Ammar dan Aniq.

Allahamdulillah syukur. Allah bagi saya anak- anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.

12 tahun masa jadi ibu tunggal dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik ja untuk mereka! Tak ada langsung fikir untuk diri sendiri!

Anak-anak dapat masuk MRSM, selepas itu upgrade masuk Kolej Yayasan Saad Melaka (KYS) kemudian dapat straight A’s, masuk Taylor’s University.

Untuk kami yang pendapatan tak tetap masa tu nak bayar yuran KYS pergh mencanak juga la cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya.

Bayar untuk 2 pax saja

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut diasak mengenai ketidakhadiran suami, Zain Saidin serta bapa kandung kepada Ammar dan Aniq iaitu Azuar Effendy Zulkapli ketika hari bermakna tersebut.

Ada yang tanya bapa Ammar tak datang ka? Zain tak ikut ka? Sibuk betul netizen.

Bapa Ammar dekat Doha, dan kami bayar seat konvokesyen untuk 2 pax jadi kami mai dengan jurugambar saja. Buat live dekat telefon untuk Aniq , Aaisyah dan Zain.

Terdahulu, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×