berita

Rozita Che Wan Sedia Lapan Biji Kek Sempena Hari Jadi Aaisyah, Netizen Cakap, ‘Sakan Jadi Anak Orang Kaya’

November 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19, pelakon Rozita Che Wan atau lebih disapa Che Ta menunaikan janji untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Artikel Berkaitan: Anak Positif Covid, Che Ta Janji Sambut Birthday Aaisyah Dhia Rana Di Tempat Mewah Nanti

Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersolek, Ini Respon Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu ..’

Lapan kek

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Che Ta menyediakan lapan biji kek sebagai simbolik kepada usia Aaisyah tahun ini.

Dalam entri tersebut, Che Ta berkongsi foto lapan kek yang terdiri daripada ‘design’ berbeza antaranya dengan hiasan bunga ros, hiasan rantai mutiara dan lain-lain.

Lapan tahun lapan kek.

Sepanjang majlis yang disambut pada hari Ahad itu, ‘birthday girl’ mengenakan gaun beropol warna merah jambu serta wajahnya disolek.

Sambutan meriah yang diadakan di sebuah restoran mewah itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Macam puteri gunung ledang

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat terpegun dengan lapan biji kek yang disediakan.

Pelakon Mira Filzah sempat berseloroh dengan bertanya adakah ketika Aaisyah umur 18 tahun akan ada 18 kek?

Rata-rata warganet menyifatkan Aaisyah sangat bertuah menjadi anak kepada Che Ta dan aktor Zain Saidin.

Selain itu, ada pengikut yang memuji dengan sikap pemilik nama Rozita Abu Bakar yang secara tidak langsung telah berkongsi rezeki dengan pembuat kek.

Terdahulu, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×