Dramatis popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang digantung sejak beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan ‘Tambah’ Elaun Mekap Aaisyah RM250 Seminggu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan ‘Tak Buat Muka’, Zain Saidin Okay Berkedut – ‘Bila Dah Tua, Cantik Sangat Bukan Keutamaan’
Dapat balik IG
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata usahanya naik turun pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak sia-sia.
Alhamdulillah, syukur saya dapat semula IG. Terima kasih SKMM, terima kasih Fina yang bertungkus lumus bantu saya.
Tak sia-sia naik turun pejabat SKMM. Terima kasih sangat-sangat.
Terdahulu, Che Ta memaklumkan akaun Instagram miliknya yang menggunakan nama @rozitachewan1 telah digantung apabila dikatakan melakukan aktiviti agresif dan tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga berasa kecewa dan bingung apabila memikirkan mengenai aktiviti agresif yang didakwa dilakukannya menerusi media sosial tersebut.
Dalam masa sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menerima emel daripada pihak Instagram untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan selamanya.
Sumber: Instagram