Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta meluahkan rasa geram dengan wanita yang berkongsi terlalu mendalam tentang pengalaman melahirkan anak.
Artikel berkaitan: Rozita Che Wan ‘Busy’ Melawa, Tiada Masa Nak ‘Spot Check’ Telefon Zain Saidin
Artikel berkaitan: ‘Takkan Zain Berani Curang, Isteri Pula Macam Harimau’ – Rozita Che Wan
‘Tak ada perasaan malu langsung’
Menerusi hantaran di Instagram, Che Ta berkata, dia hairan dengan sikap para ibu yang terbuka bercerita hal tersebut sehingga hilang rasa malu.
Risau zaman ni ramai dah kurang rasa malu! Semua benda lah nak canang biar satu dunia tahu terkoyak ke, terjahit ke, terjelan ke..adoi.
Ya Allah zaman sekarang ni sampai dah tak ada perasaan malu langsung. Takkan lah kita beranak jahit tak jahit pun kita pergi tunjuk dekat orang.
Koyak berapa cm pun nak cerita dekat orang. Adui simpan sikit lah malu tu hampa.
Dalam pada itu, Che Ta juga mempersoalkan banyak perkara lain yang boleh diberi perhatian daripada isu ‘cerita dalam kain’.
Yang berita pun merapu-rapu cerita sampai dah tak ada cerita ke? Tak ada komen-komen netizen pasal harga diesel naik ke?
Aku rasa macam nak naik basikal je lepas ni. Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal.
Meskipun tidak memetik mana-mana nama namun sebelum ini pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan berkongsi dengan pengikutnya tentang pengalaman melahirkan anak secara normal tanpa terkoyak dan dijahit.
Sumber: Instagram