berita

Rugi Teruk, 4 Kedai Ditutup Masa PKP, Peniaga Tebalkan Muka Jual Nasi Secara ‘Direct Selling’

October 14th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, ramai rakyat Malaysia mula kehilangan pekerjaan dan tak kurang juga yang terjejas dalam perniagaan mereka. Malah, hari ini Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya susulan wabak Covid-19 yang meningkat.

Perkara ini memberi kesan kepada ramai orang ramai seperti perkongsian individu ini yang sempat berbual dengan seorang perniaga. Siapa sangka PKP membuatkan perniaga ini terpaksa menutup 4 cawangan restoran miliknya dan kini menjual makanan kedai ke kedai untuk mencari rezeki.

Terpaksa jual jalan-jalan ke kedai

(sekadar gambar hiasan)

Ni salah satu kisah, nak tunjukkan betapa besar kesan Covid dan PKP terhadap orang sekeliling kita. Semalam balik dari surau, den terserempak dengan salah seorang jiran. Den tahu brader ni berniaga nasi sebab dia selalu update menu dalam group wasap penduduk. Alang-alang dah jumpa, den pun berbasa-basi dengan brader ni. “Dari mana bang?” Den tanya brader ni. “Baru lepas jual nasi kedai ke kedai bang”. “Kena buat macam ni barulah habis, kalau tak memang tak jalan” Masa tu kami berborak, jam dah pukul 7.40 malam. Baru selesai solat Maghrib.

“Memang full time jual nasi ni ke?” Den tanya lagi. “Ya bang” “Macam mana dengan jualan, ok ke bang?” “Bolehlah bang. Kena keluar, jalan kedai ke kedai barulah ok sikit, seluar pun dah longgar ni.” Gelak brader ni. Rupanya brader ni bukan biasa-biasa, dia pernah berada di puncak dan sekarang sedang dalam fasa berjuang untuk menghadapi hari-hari mendatang. Dari niat nak berbasa-basi, sudahnya kami berborak panjang lebar dan dia ceritakan impak PKP ke atas bisnes dan dirinya.

Perniaga ini terpaksa menjual makanan dari kedai ke kedai untuk menampung sara hidup keluarganya selepas PKP melanda. Menurutnya dia terpaksa menjual dengan strategi begitu bagi melariskan jualannya. Jika tidak, makanan dijual pasti tidak habis.

16 tahun meniaga, 4 cawangan

(sekadar gambar hiasan)

“Dulu kami buka kedai makan bang, 16 tahun berniaga dan ada 4 cawangan. Memang maju.” “Tapi disebabkan Covid dan PKP, semua kedai kami terpaksa tutup.” “Pelanggan tiada, overhead tinggi, kami tak mampu nak bayar sewa dan gaji pekerja bang.” “Sewa kedai di Bangi RM16k, di Nilai ada dua cawangan RM20k++ dan di Shah Alam pun sewanya RM20k++.” “Pekerja ada 60 orang, mereka sampai mengamuk bang, kami tak mampu nak bayar gaji. Sudahnya kami cakap kami terpaksa berhentikan semua pekeja dan tutup terus bisnes.” “Haritu lepas kerajaan umum boleh bekerja, 3 hari kami berniaga, dapat jual satu pinggan nasi ayam saja bang. Itu pun pelanggan kebetulan lalu dan singgah.”

“Memang saya terduduk terus bang. Pening tak tahu nak buat apa.” Panjang lebar brader ni bercerita, den yang mendengar rasa syahdu sungguh. Dia bercerita sambil tersengih, nampak kelat dan memang dalam fasa “struggle”. Kemudian den tanyalah tentang bisnes nasi kuning yang sedang dia usahakan. “Nasi ni asalnya kami plan nak jadikan signiture dish di kedai kami, tiba-tiba PKP dan kedai tutup.” “Jadi saya ajak isteri untuk cuba jual.” “Pernah cuba jual depan sekolah, tapi tak laku. Ni saya cuba jual dengan pergi pejabat ke pejabat dan kedai ke kedai.”

Tambahnya lagi, sebelum ini dia mempunyai 4 cawangan restoran dan 60 pekerja namun terpaksa ditutup disebabkan PKP. Walaupun kerajaan benarkan restoran untuk beroperasi, namun dia hanya mampu menjual sepinggan nasi menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk menutup semua cawangan restoran.

Jual makanan untuk teruskan hidup

(sekadar gambar hiasan)

Hebat brader ni, umur den rasa dah nak cecah 40 tahun. Dia sanggup tebalkan muka, menjual nasi macam “direct selling” punya cara. “Rejection” ni memang dah jadi makanan harian dia dah. Memang den tabik atas kecekalan beliau. “Dari Bandar Seri Putra, saya cuba pergi sampai ke Nilai bang. Tadi singgah kedai Eco dan workshop. Alhamdulilah, kat kedai Eco dapat jual 2 bungkus nasi, kat workshop dapat jual 2 bungkus lagi.” “Duit hari-hari memang habis bang. Dapat je duit, beli susu anak, pampers, barang-barang. Terus selesai.” Den yang dengar, rasa berserabut dan tepu kepala. Kesian, sedih, geram, semua ada. Balik rumah terus luahkan dekat isteri den Farah.

Brader ni, keluarga dia dan bisnes terus jatuh. 60 pekerja hilang mata pencarian. Nak tahu rantaian impak Covid dan PKP?Bisnes majikan jatuh. Pekerja kena buang kerja. Mereka tiada duit nak teruskan hidup. Kepala jadi serabut. Balik bergaduh dengan isteri. Anak-anak kena pukul. Sudahnya nanti sampai bercerai. Boleh jadi kemurungan dan bunuh diri. Nampak tak betapa besarnya impak Covid dan PKP, yang kebanyakan orang pandang ringan dan jadikan bahan lawak. Moga Allah permudahkan urusan brader ni. Berjaya bangkit semula dan berjuang untuk terus menghadapi hidup yang penuh mencabar. Celakalah ahli politik yang tamakkan kuasa. Si politikus bergaduh rebutkan kuasa, rakyat dihimpit derita sengsara.

Lebih menyedihkan, hasil jualannya hanya dihabiskan untuk membeli keperluan anaknya. Walaupun begitu, dia tetap semangat untuk menjual cara ‘direct selling’ kerana ini sahaja jalan untuk menampung perbelanjaan mereka seharian.

Sumber : Izzat Ismail IRealty

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×