Pelakon sensasi Ruhainies menafikan penularan sebuah berita yang mendakwa dia sudah bernikah dengan aktor, Zul Ariffin.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Nafi Bakal Bernikah Dengan Aliff Aziz Hujung Oktober, Berita Yang Tular Palsu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Terima Sejambak Bunga Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Came Home To This’
‘Jangan digula-gulakan’
Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, berita tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai tidak mudah terperdaya.
Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay.
Korang (netizen) pasti lebih bijak. Terlalu banyak berita palsu sekarang ini, tekan-tekan rupanya link shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.
Ruhainies berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Menerusi sebuah lagi siri hantaran, aktres tersebut turut memuat naik tangkapan skrin layar berita berkenaan yang menggunakan tajuk ‘Terbongkar akhirnya, Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin’.
Tidak mengambil serius, pelakon filem Roh 100 Hari itu sebaliknya mengakui terhibur membaca berita berkenaan.
Saya tak marah tau, saya cuma rasa perkara itu lucu dan menghiburkan. Benar-benar menceriakan hari saya.
Sebelum ini, timbul juga dakwaan mengatakan Ruainies bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor sensasi, Aliff Aziz. Namun, perkara itu disangkal oleh aktres terbabit.
Sumber: Instagram