Selepas lama berdiam diri, pelakon sensasi Ruhainies akhirnya bersuara berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Tutup Macam Mana Lagi?’ – Bella Astillah Anggap Caprice Takut, Dakwa Jadi Dalang Buat Akaun Palsu Sebar Aib
Artikel Berkaitan: Tom Dedah Sarah Yasmine Mesej & Hubungi Fuad Rahman Berkali-Kali Minta Bantuan – ‘Berhenti Mesej Suami Saya, Ini Amaran’
Mohon maaf
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ruhainies dengan rendah diri memohon maaf kepada Bella dan bersedia untuk bersua muka bagi menjernihkan segala masalah yang berlaku antara mereka.
Menurut Ruhainies, tindakan dia memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiya atau menidakkan. Tetapi dengan nak elak berlaku pergaduhan dalam media sosial dan memanjangkan lagi isu yang sedang berlaku.
Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf kepada Bella Astillah di atas segala perkara yang sudah berlaku.
Saya bersedia untuk berjumpa untuk menjernihkan segalanya jadi kita boleh tutup buku lama tentang cerita ini dan ‘move foward’ ke hadapan supaya semuanya kembali gembira.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, pelakon drama Maaf Tak Indah itu juga memohon maaf kepada wanita bernama Sarah Yasmine yang sebelum ini mengaku kekasih kepada aktor Aliff Aziz.
Saya juga ingin memohon maaf kepada beberapa pihak yang turun terlibat. Saya juga ingin mengajak Sarah Yasmine untuk berjumpa.
Supaya boleh jelaskan segalanya dan selesaikan perkara ini. Saya harap Bella dan Sarah beri peluang.
Sekali lagi dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf kepada Bella Astillah dan Sarah Yasmine.
Sumber: Instagram