Pelakon Ruhainies memberitahu dia mahu menjalani kehidupan dengan tenang selepas berdepan pelbagai kontroversi.
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Jenama Datang & Beritahu Saya…Memang Dia Suka Buat Surat Layang’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sempurna’ – Ruhainies Tahan Diri Sebar Aib Orang Lain, Bimbang Amal Ibadah Jadi Sia-Sia
Artikel Berkaitan: Ruhainies Terkejut Nama Dipetik Cuba ‘Sondol’ BF Artis Thailand, Dakwa E-mel Layang Sengaja Mahu Tutup ‘Periuk Nasi’
Tak baca komen negatif
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ruhainies berkata, dia mengambil langkah untuk berdiam diri daripada media sosial dan enggan membaca sebarang komen negatif netizen bagi tujuan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Nama saya merupakan jenama saya, jadi saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjukkan contoh yang baik. Apa yang berlaku pun (kontroversi) cukup kurang baik.
Apa yang saya boleh katakan, saya tak sempat nak membenci sesiapa… saya sayang dan maafkan semua orang. Saya nak jadi gembira dan hidup dalam keadaan tenang.
Sejak isu itu juga, saya tak baca komen-komen negatif sebab saya nak jaga kesihatan mental saya.
Ruhainies yang ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, turut mengakui bahawa dia mahu membina namanya semula selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan ramai pihak.
Sejujurnya, sepanjang 10 tahun saya dalam industri, tak pernah lagi saya terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan saya tapi ini kali pertama.
Manusia membuat kesilapan, tak ada siapa yang sempurna.
Saya harap semua dapat memaafkan dan apa yang saya boleh katakan, saya akan bina balik nama saya secara perlahan-lahan dan betulkan keadaan, Insya-Allah.