Pelakon Ruhainies mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto mengikut trend ‘You As A Bride’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Tak Fikir & Now Nak Fokus On Being Happy’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: Michael Ang Tak Boikot, Sedia Kerjasama Dengan Ruhainies – ‘Cuma Belum Ada Naskhah Yang Sesuai Dengan Bakat Dia’
You As A Bride
Di Instagram Story, Ruhainies berkongsi fotonya memakai busana pengantin berwarna putih. Foto tersebut diambil ketika dia menjadi wajah kepada sebuah jenama fesyen tempatan untuk koleksi pengantin.
Menerusi posting tersebut juga, Ruhainies dilihat sempat melakukan beberapa posing bagi mempromosikan koleksi tersebut.
Sebelum ini, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas ini berdepan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya kes khalwat membabitkan dirinya dengan pelakon, Aliff Aziz.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Sumber: Ruhainies