Pelakon sensasi Ruhainies menafikan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Aliff Aziz seperti mana yang tular sebuah berita di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Terima Sejambak Bunga Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Came Home To This’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Nasihatkan Mereka Untuk Mengunci Mulut Bagi Menghormati Prosiding Mahkamah’ – Peguam
Berita palsu
Ketika dihibungi OhBulan!, Ruhainies atau nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Itu fake news, jangan percaya.
Terdahulu, sebuah akaun TikTok memuat naik satu perkogsian mendakwa Ruhainies dan Aliff bakal berkahwin pada hujung Oktober.
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen berasa terkejut.
Imbas kembali, nama Ruhainies dan Aliff mula dikaitkan selepas mereka ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas pertuduhan berkhalwat.
Pada sebulan kes 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Pada prosiding 3 Julai pula, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Mereka kemudian sekali lagi hadir ke mahkamah pada 10 Oktober lalu untuk dibacarakan namun tidak berakhir di situ apabila mahkamah meminta Aliff dan Ruhainies hadir semula pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.
Dua selebriti didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.