Nama pelakon Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat netizen interaksi ‘mesra’ mereka di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies – ‘Sekali Lagi Fitnah Manusia, Kami Maafkan’
Artikel Berkaitan: Ruhainies Nafi Bakal Bernikah Dengan Aliff Aziz Hujung Oktober, Berita Yang Tular Palsu
Ruhainies, Aliff berbalas emoji?
Terbaharu, Ruhainies memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan dirinya menggayakan pakaian berwarna merah jambu sambil berada di dalam sebuah kereta mewah.
Menerusi ruangan kapsyen yang ditulis, Ruhainies seakan memberi bayangan bahawa dia enggan membuang masa dengan perkara yang tidak penting.
Tetapi apa yang mengundang spekulasi apabila bekas suami kepada pelakon Bella Astillah itu meninggalkan beberapa emjoi di ruangan komen, sekali gus menarik perhatian netizen.
Respon Ruhainies
Tidak cukup dengan itu, Ruhainies juga membalas komen tersebut dengan meninggalkan tiga emoji berbentuk hati dan tindakan itu membuatkan netizen semakin tertanya-tanya mengenai hubungan sebenar mereka.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Terjerat itu menafikan dia dan Aliff dilamun cinta sebaliknya menjelaskan bahawa mereka berdua sememangnya mempunyai hubungan rapat dan saling menyokong serta menasihati antara satu sama lain.
Tahun lalu, nama Ruhainies dan Aliff menjadi topik hangat di media sosial kerana kontroversi ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik aktres itu pada Mac 2024.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Julai 2024.
Difahamkan, kes tersebut masih dalam perbicaraan.
Sumber: Instagram Ruhainies