Rumah banglo mewah milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila difahamkan sudah pun dirobohkan.
Artikel Berkaitan: Terlalu Besar Untuk Didiami, Banglo RM8 Juta Arwah Sharifah Aini Mahu Dijual
Kini tinggal kenangan
@hibglam.com.my Eksklusif HibGlam bawakan keadaan tapak rumah banglo mewah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dirobohkan sejak dua bulan lalu. Difahamkan, tapak ini akan didirikan bangunan komersil. #datuksharifahaini #banglo #mewah #biduanitanegara ? original sound – HIBGLAM
Menerusi video yang dimuat naik HibGlam di TikTok, dapat dilihat kawasan rumah yang bernombor 42 itu kini hanya tinggal longgokan pecahan batu selepas diroboh dengan menggunakan jengkaut.
Bukan itu sahaja, pintu pagar berwarna hitam yang tersergam indah di bahagian hadapan rumah juga sudah diganti zink hijau yang menandakan kerja kontraktor sedang dijalankan.
Tiada perincian mengenai projek
@hibglam.com.my TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh ? original sound – HIBGLAM
Sementara itu, pengawal yang diupah syarikat pembinaan memaklumkan bahawa pihak mereka telah pun menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah tersebut bertukar tuan sekitar awal tahun lalu.
Difahamkan, pembeli tersebut tidak mahu kediaman tersebut sebaliknya hanya inginkan tanah serta turut membeli lot bersebelahan.
Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli sebuah syarikat.
Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga.
Walau bagaimanapun, sebarang perincian mengenai projek yang sedang dijalankan tidak dipaparkan di bahagian luar premis.
Terdahulu, anak kepada pelantun lagu ‘Mawar Untuk Mama’ iaitu Aliff Omar Ali memaklumkan dirinya mahu menjual rumah agam berkeluasan 20,000 kaki persegi itu pada tahun 2018 yang lalu.
Aliff pada ketika itu menjelaskan bahawa tujuan dirinya mahu menjual rumah tersebut adalah kerana terlalu besar untuknya empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.
Sungguh pun begitu, Aliff difahamkan sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian ibunda tercintanya yang meninggal dunia akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014.
Sekadar info, rumah mewah milik Allahyarham Sharifah itu dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sering menjadikan rumah mewahnya itu sebagai tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Sumber: TikTok HibGlam, Portal HibGlam