berita

‘Rumah Ajar Erti Hidup’ – Shuib Imbau Kenangan Pakai Kelambu & Tidur Lambak’ Di Ruang Tamu

November 18th, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Kenangan sewaktu membesar antara memori yang pasti tidak dapat dilupakan. Di waktu kecillah kita belajar apa itu erti hidup yang mengajar kita menjadi insan berguna. Seperti kebanyakan anak kampung yang lain, pelawak terkenal Shuib Sepahtu tidak malu mengaku membesar di rumah papan di kampung.

Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib memuatnaik suasana di rumah kampung dimana kelihatan adik beradik dan saudara mara tidur ‘lambak’ di ruang tamu. Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang mana mereka turut berkongsi pengalaman yang sama.

Rumah yang mengajar apa itu hidup

Inilah rumah yang saya duduk dari umur 8 bulan – 17 tahun, tidur dekat ruang tamu pakai kelambu, pakai pelita, malam-malam boleh dengar bunyik cengkerik. Rindu nak balik sini lagi, rumah yang mengajar erti apa itu “hidup”. Jangan kisah dari mana kita datang kerana “VALUE KITA TETAP TINGGI”. Selamat Malam semua.

Kenangan tidur lambak

Almari doraemon win!

Best balik kampung

Sumber : Shuib Sepahtu

 

The following two tabs change content below.