berita

‘Rumah Berbau Najis & Tidak Terurus’ – Tiga Beradik Ditemani Anjing Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa

September 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kuantan, Pahang, tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudara mereka dalam sebuah rumah yang kotor dan tidak terurus sambil ditemani 13 ekor anjing.

Lebih menyedihkan, ibu kepada tiga kanak-kanak itu telah meninggalkan mereka sejak tiga tahun yang lalu.

Rumah dipenuhi anjing

Menerusi laporan Sinar Harian, ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan berusia 8, 9 dan 12 tahun itu bekerja di Singapura atau Johor Bahru dan sudah tiga tahun tidak pulang menjenguk mereka. Manakala, bapa mereka yang bekerja di Hutan Kuala Rompin pula jarang pulang ke rumah.

Ekoran daripada itu, tiga beradik tersebut terpaksa berdikari dan menjalani kehidupan dalam sebuah rumah yang kotor dan berbau. Mereka juga terpaksa menahan lapar sehingga bapa saudara mereka pulang pada waktu malam.

Bila ke sana, kita dapati rumah dipenuhi anjing, berbau busuk dengan najis haiwan dan tidak terurus. Tiga beradik ini tidur di atas lantai bersama haiwan ternakan terbabit. Jadi, kita bimbang dengan keadaan tiga beradik ini tambahan pula mereka sering kelaparan dan hanya makan mi segera sementara menunggu bapa saudaranya pulang.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Taman Tas, Yeoh Kok Bin, pihak sekolah sudah mengunjungi rumah tiga beradik itu sebanyak dua kali. Keperitan hidup yang ditanggung ketiga-tiga kanak-kanak itu ternyata mencuri perhatian mereka sebagai wakil PIBG.

Bantuan daripada pelbagai pihak

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kanak-kanak tersebut telah mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, namun mereka sering tidak hadir ke sekolah.

Kita difahamkan ketiga-tiga adik beradik ini terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke sekolah setiap hari. Tambahan pula, ayahnya hanya membekalkan RM50 setiap seorang untuk seminggu bagi membolehkan mereka menampung kehidupan sehari-hari. Tindakan itu diambil demi kesejahteraan mereka dan lokasi penempatan itu telah dikenalpasti.

Tambahnya, prestasi akademik mereka juga tidak memberansangkan kerana sering tidak hadir ke sekolah. Mengulas lebih lanjut, mereka turut meluahkan perasaan bimbang sekiranya tiga beradik tersebut masih dibiarkan begitu sahaja. Setakat ini, ketiga-tiga mereka akan ditempatkan di tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×