berita

Rumah Dipecah Masuk, Nenek 90 Tahun Dirogol 2 Lelaki Durjana

November 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu kata-kata yang paling sesuai menggambarkan tindakan dua lelaki yang merogol seorang warga emas yang berusia 90 tahun secara bergilir-gilir dan memecah masuk rumahnya. Kejadian ini berlaku di New Delhi.

Tidak mampu berbuat apa-apa

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Times Now News, kejadian tersebut berlaku pada tengah malam 26 Oktober yang lalu. Ketika kejadian, kedua-dua suspek bertindak kejam terhadap mangsa. Disebakan faktor umur yang sudah lanjut, menyebabkan mangsa tidak mampu melawan dan akhirnya pengsan di tempat kejadian.

Takut dengan apa yang telah terjadi, mangsa hanya berani mengadu tentang apa yang telah terjadi kepada jirannya. Mangsa ketika itu takut untuk membuat sebarang laporan polis. Namun, salah seorang ahli keluarganya tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menuntut keadilan kepadanya. Kini, mangsa sudah berada di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kenal salah seorang suspek

Gambar sekadar hiasan

Mangsa juga dipercayai mengenali salah seorang suspek yang bertindak merogolnya. Suspek tersebut dikenali sebagai Anjan Nama, 35 tahun, yang menetap di Kampung Barahaldi, Kanchanpur di Tripura. Kedua-dua supek ketika itu sempat merogol mangsa sebelum sempat melarikan diri. Ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah.

Menurut, polis Daerah Kanchanpur Binramjit Shukladas siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan bagi memburu suspek. Namun, sehingga kini, kedua-dua suspek masih belum berjaya ditangkap.

Sumber: Times Now News

SKIP THIS AD ×