berita

Rumah Disita Kerana Tak Bayar Sewa RM14 Ribu Selama 9 Tahun, Netizen Pertahan Tindakan Pihak Berkuasa

May 30th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini 12 keluarga di Flat Taman Bagan Jaya terpaksa menumpang di rumah saudara-mara dan rakan apabila rumah mereka disita oleh pihak berkuasa Pulau Pinang. Ini kerana kegagalan mereka untuk membayar tunggakan sewa rumah sejak beberapa tahun lalu sebanyak RM124 sebulan. Lebih memeranjatkan jumlah tunggakan mencecah hampir RM14 000.

Terbaru, seorang lelaki melahirkan rasa kesalnya dengan penduduk yang mengangap kerajaan negeri tidak berhati perut. Sedangkan mereka sendiri tak membayar sewa rumah. Baginya, bukan senang nak dapat sewa rumah semurah itu pada masa kini.

Benda lain boleh beli, sewa tak boleh bayar. 

Menurut Sinar Harian, penduduk berasa tindakan menyita rumah di bulan Ramadan ini adalah terlalu mendesak dan terburu-buru. Tambahan pula, kita bakal menyambut Aidilfitri bulan depan.

Al-Azmin Mohamad, 23 berkata tindakan menyita ini adalah tak wajar. Memandangkan ia dilakukan secara tiba-tiba.

Saya tinggal di sini bersama ibu, ayah dan tiga adik-beradik yang lain. Masa depa mai, ada ibu dan adik. Depa beritahu yang rumah ni akan disita dan minta keluar. Memang kelam-kabut juga sebab payah. Macam semalam pun, saya terpaksa menumpang di rumah kawan. Ibu dan ayah terpaksa menumpang di rumah jiran, begitu juga adik-adik. Depa terpaksa pergi rumah kawan.

Memang pening dok fikir mana kami nak tinggal lepas ni. Larat ka nak dok rumah jiran dan kawan, mahu tak mahu kena cari rumah sewa juga. Tapi tau sajalah, dengan dekat puasa ni, mana nak cari rumah sewa? Tu yang jadi payah sikit. Tak tau la lepas ni macam mana. Lagi satu, tunggakan pun dekat RM14,000. Mana nak cari duit nak bayar setengah?

Beri penduduk peluang.

Sinar Harian turut menemubual Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga Taman Bagan Jaya, Mohd Nordin Saad. Baginya pihak berkuasa perlu beri ruang dan peluang untuk penduduk terlibat melunaskan tunggakan.

Bukan soal salah atau betul. Yang salah kita tetap kata salah. Cuma tindakan ini pada saya tidak sesuai. Penduduk pun bukan kata tertunggak dua tiga bulan, ada yang bertahun. Dalam tempoh tersebut, mengapa tak ambil tindakan? Mengapa nak ambil tindakan sekarang? Tak pun boleh buat selepas raya.

Bukan soal salah atau betul. Yang salah kita tetap kata salah. Cuma tindakan ini pada saya tidak sesuai. Penduduk pun bukan kata tertunggak dua tiga bulan, ada yang bertahun. Dalam tempoh tersebut, mengapa tak ambil tindakan? Mengapa nak ambil tindakan sekarang? Tak pun boleh buat selepas raya.

Sinar Harian turut memaklumkan bahawa pihak Bahagian Perumahan Pulau Pinang telah mengeluarkan notis sebelum proses penyitaan dijalankan. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon berkata masalah itu akan dibincangkan bersama Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan beberapa pihak yang lain.

Kredit: Sinar Harian & Raja Mohamad Khalil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×