berita

Rumah Konsep Inovatif Jadi Impian, Bukan Tengok Hiasan Dalaman Je, Reka Bentuk Rumah Pun Penting

March 25th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Menawarkan kediaman serba inovatif dengan konsep dalaman dan luaran yang memukau.

Pelbagai jenis rumah yang ada di Malaysia, tapi rumah yang inovatif dengan konsep dalaman dan luaran yang memukau tetap jadi pilihan. Reka bentuk rumah dan hiasan dalaman yang baik mampu mempengaruhi mood dan menunjukkan personaliti seseorang. Rumah macam ni baru kita boleh gelar ‘Rumahku Syurgaku’.

Rumah yang selesa akan buat kita rasa selesa untuk buat apa jua aktiviti yang kita nak. Lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta. Nak cari rumah dengan rekaan bentuk terbaik bukan la mudah. Tapi kami dah jumpa rumah macam ni untuk korang.

Jom klik video bawah untuk meneroka rumah berkonsep inovatif ni!

Garden Homes – rumah konsep inovasi, ini la rumah impian ramai!

Takkan ada orang cakap ‘tak nak’ untuk duduk rumah yang penuh dengan inovasi. Begitu la yang korang akan dapat dengan Garden Homes. Apa yang kami boleh katakan, ini la rumah impian semua orang!

Sebaik saja korang memasuki rumah di Garden Homes, korang takkan rasa seperti memasuki rumah teres konvensional, tapi korang rasa rumah ni serupa dengan semi-D. Kagum dibuatnya!

Reka bentuk yang sangat luas, boleh hias ikut tema yang korang suka

Nak melangkah masuk ke sesebuah rumah, korang mesti tengok ruang rumah tu dulu kan? Kalau korang melangkah masuk ke dalam Garden Homes, korang akan surprise betapa luasnya susun atur rumah ni.

Korang perasan tak, apa yang lain dari yang lain dalam Garden Homes? Haa.. Penggunaan tingkap dari lantai ke siling bersama pencahayaan semula jadi dari luar buatkan seluruh ruang tamu dan ruang makan nampak lebih luas!

Tak kisah la korang suka tema rumah berkonsepkan mewah, moden, nostalgik, malah konsep Jepun sekalipun. Semuanya korang boleh buat di Garden Homes. Dengan ruang yang luas sebegini, korang boleh hias ikut tema cita rasa korang!

Ada private garden seluas 10 kaki*, bina la mini garden impian korang!

Dengan pengudaraan dan cahaya matahari yang cukup, korang yang suka berkebun pasti jatuh cinta dengan Garden Homes. Mana taknya, ada private garden seluas 10 kaki* kot. Kalau nak bina mini garden pun boleh.

Eleh, confirm rumah corner lot je ada private garden ni.

Korang mesti pikir macam ni kan? Jangan silap guys! Buat pengetahuan korang semua, setiap unit walau rumah yang berada di pertengahan sekalipun akan mempunyai side garden sekurang-kurangnya 10 kaki* tau.

Senang cerita, korang ada ruang peribadi sendiri bersama keluarga untuk buat apa jua aktiviti yang korang nak. Macam ni boleh la bonding!

Pencinta alam pasti jatuh cinta dengan kediaman di Eco Forest!

Siapa kat sini seorang nature lover? Eh, sama la kita! Bila dah sampai masanya untuk beli rumah, korang mesti nakkan rumah yang dikelilingi alam semula jadi yang indah kan? Pilihan tepat untuk korang yang nature lover ni, mesti la kediaman di Eco Forest!

Eco Forest adalah satu projek perumahan terletak di Semenyih yang dibangunkan oleh EcoWorld, pemaju yang terkenal dengan rumah yang mempunyai susun atur terbaik, konsep perumahan yang penuh dengan inovasi, dan persekitaran hijau yang cantik belaka.

Semua kawasan kediaman di Eco Forest dilengkapi dengan kemudahan keselamatan yang lengkap tau. Bukan setakat ada pintu masuk keselamatan yang besar, pengurusan keselamatan pun 24/7 okay. Korang akan dijaga dengan baik kalau tinggal di sini.

Paling best, siap ada akses RFID, CCTV 360°darjah, dan sudah tentu rondaan Polis Bantuan EcoWorld. Ramai yang cakap, kalau nak cari rumah, wajib usaha di EcoWorld. Memang betul pun!

Bukan saja Garden Homes, kami juga tertarik dengan projek baru yang mumpunyai beberapa jenis rumah berada di Eco Forest ni. Nak tahu apa dia?

Eco Forest sedang lancarkan Fasa Perumahan Bertanah – BIRCHPARK!

Dengar ni! Eco Forest sebenarnya tengah lancarkan Fasa Akhir Projek Perumahan Bertanah yang bernama BIRCHPARK. Nature lover akan puas hati kalau memiliki salah sebuah kediaman di sini. Ini la tempat paling sempurna untuk korang yang nakkan kediaman penuh kehijauan!

BIRCHPARK di Eco Forest menawarkan 4 jenis rumah yang memenuhi keperluan keluarga yang berbeza. Ia terdiri daripada Artisan Homes, Garden Homes, Co-Home dan Alfresco Homes. Ini la peluang keemasan untuk korang beli rumah terbaik yang sesuai untuk korang!

Apa keistimewaan bagi setiap jenis rumah yang ada di BIRCHPARK ni? Meh kita tengok.

  • Co-Home

Sesuai buat mereka yang mahukan privasi keluarga sendiri ataupun pembeli rumah pertama

Kalau korang mempunyai keluarga sendiri, tapi pada masa yang sama nak jaga ibu dan ayah, unit di Co-Home memang pilihan tepat untuk korang. Privasi korang akan lebih terjaga di sini. Jangan risau la.

Co-Home adalah rumah inovasi dari EcoWorld berkonsep rumah teres 2 tingkat yang mempunyai reka bentuk yang sama, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat di atas. Boleh juga menjaga privasi korang dengan selesa nanti.

Selain dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air, setiap unit di Co-Home didatangkan dengan 2 tempat letak kereta di hadapan rumah. Pada pendapat kami, rumah ni sesuai untuk korang yang sudah mendirikan rumah tangga dan mahukan privasi.

  • Artisan Homes

Sesuai buat mereka yang suka mendekorasi rumah yang luas

Sesetengah orang suka renovate untuk meluaskan lagi ruang rumah. Maklum la nak buat dekorasi dengan tema kesukaan. Setiap unit di Artisan Homes ni dah fully extended. Tak payah buat renovation apa-apa, lebih jimat!

Betapa luasnya rumah teres dua tingkat ni sampaikan korang boleh gunakan setiap inci rumah sepenuhnya. Bayangkan korang pasang TV dan set sofa bentuk L sekalipun, masih banyak ruang yang korang boleh guna. Nak mendeko pun puas!

Setiap unit mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik tidur dilengkapi dengan tingkap besar untuk pemandangan yang lebih baik dan udara segar. Jadi, korang tak perlu risau tentang pengudaraan dan cahaya matahari semula jadi!

  • Garden Homes

Sesuai buat mereka yang mengimpikan sebuah private garden di rumah

Dengan gabungan unik rumah teres dan semi-D, setiap unit di Garden Homes didatangkan dengan private garden. Korang yang suka bercucuk tanam boleh la gunakan private garden ni sepuasnya.

Selain tu, setiap unit dilengkapi konsep anjung kereta tanpa pintu pagar. Boleh letak sehingga 6 buah kereta di depan rumah!

Ruang tamu dalam setiap unit di Garden Homes mempunyai susun atur yang terbuka dan cukup luas. Korang boleh buat gathering dengan keluarga dan rakan sepuasnya. Kalau waktu raya ni, mesti riuh rendah la!

Guest room yang disediakan di tingkat bawah sesuai untuk golongan tua seperti datuk dan nenek atau tetamu korang untuk menginap. Paling best, bilik utama boleh muatkan almari pakaian peribadi idaman korang dan ia masih luas!

  • Alfresco Homes

Sesuai buat mereka yang suka beraktiviti di halaman rumah

Kadang-kala teringin jugak nak buat barbeque bersama keluarga. Kalau dapat makan malam bersama pasangan di bawah cahaya bintang, memang romantik. Oleh sebab tu la, korang kena memiliki sebuah unit di Alfresco Homes.

Dilengkapi dengan halaman belakang rumah yang berbentuk L seluas 10 kaki* – 20 kaki*, korang boleh buat pelbagai aktiviti. Pilihan tepat buat mereka yang berkeluarga. Tak payah keluar rumah pun boleh bersuka ria bersama anak-anak di halaman. Seronok!

Setiap unit di Alfresco Homes turut dilengkapi konsep anjung kereta terbuka. Tak perlu risau kalau keluarga besar sekalipun, korang boleh letak 4 buah kereta di depan rumah. No problem la!

Nak pilih yang mana satu ya? Cita rasa setiap orang pun berbeza. Jadi, terpulang pada korang nak miliki rumah idaman dengan ciri yang korang nak. Pada kami, semua kediaman di Eco Forest memang terbaik. Tak menyesal pilih!

Korang tengah cari pakej* rumah Idaman terbaik? Klik https://wa.link/hjkfh5 untuk terus hubungi wakil jualan di Eco Forest.

Ataupun daftar masuk laman web bit.ly/ecoworld_ohbulan_ef untuk lokasi EcoWorld pilihan korang.
Impian korang untuk memiliki rumah idaman yang dipenuhi alam semula jadi bakal direalisasikan di Eco Forest.

*Tertakluk kepada terma & syarat. 

SKIP THIS AD ×