berita

‘Rumah Macam Ni, Setahun Kuarantin Pun Tak Apa’- Rumah Besar Azhar Sulaiman Tarik Perhatian

April 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja nama Azhar Sulaiman, sudah pasti korang kagum dengan bakat lakonannya. Betul tak? Selain menjadi pelakon, Azhar Sulaiman juga merupakan seorang arkitek yang berjaya. Walaupun usianya kian meningkat, pelakon kacak itu masih aktif di media sosial dan acap kali memuat naik gambar bersama anak gadisnya iaitu Kasih Iris Leona.

Leona yang pernah mencuri perhatian netizen apabila berjaya meraih 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila video rutin hariannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi perhatian umum. Ini kerana, dia memperlihatkan kediaman mewah yang didiami mereka sekeluarga.

Show me your daily routine

https://www.instagram.com/p/B-USJ34A3vl/

Menerusi Instagram Leona, dia memuat naik satu video di mana dia menunjukkan rutin hariannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara aktiviti yang dilakukannya ialah memasang khemah bersama adik-adiknya, bermain badminton dan golf serta berenang.

Video tersebut meraih perhatian netizen apabila mereka kagum dengan seni bina rumahnya yang nampak cantik. Tambah netizen, kediaman mereka sekeluarga sangat lengkap kerana mempunyai padang golf mini, kolam renang yang luas dan kawasan lapang untuk melakukan aktiviti rekreasi.

Cantiknya rumah

House or country club?

Sumber: Azhar Sulaiman & Kasih Iris Leona

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×