berita

Rumah Mak Najib Di Serbu, Ini Luahan Hati Anaknya

September 23rd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak dihadapkan ke mahkamah dengan 21 pertuduhan. Terbaru, rumah ibu beliau, Tun Rahah Noah pula menjadi sasaran serbuan polis.

Artikel berkaitan: Najib Hadapi 21 Pertuduhan Babitkan RM2.8 Bilion

Sedih dengan apa yang berlaku, anak Najib, Nooryana Najwa Najib atau dikenali sebagai Yana Najib meluahkan rasa kesal di Instagram miliknya.

Rasa sedih

Menerusi posting Instagram Yana, beliau meluahkan rasa sedihnya apabila rumah neneknya diserbu ketika ketiadaan ahli keluarganya yang lain.

Saya sedih apabila mendapat tahu polis lakukan serbuan di rumah nenek saya jam 4 petang tadi ketika bapa saya bersama ahli keluarga lain di mahkamah. Kita pun tertanya-tanya mengapa tiada foto terhadap serbuan ini. Sebabnya? Tiada apa ditemui dan pulang dengan tangan kosong.

Perlukah seorang wanita tua yang berusia 87 tahun terpaksa melalui satu pengalaman pahit seperti ini? Pada usia begitu, “Tok” saya banyak menggunakan masa beribadah apatah lagi pada saat penuh dugaan ini melihat anaknya berdepan pelbagai ujian. Pada usia rapuh itu, kami melakukan sedaya upaya kami untuk melihat nenek dalam keadaan sihat kerana nenek amat kami sayangi.

Faham itu satu tugasan dari arahan pihak atasan

Namun beliau memahami bahawa kerja serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa bukanlah sesuatu yang disengajakan malah mereka melakukannya atas arahan pihak atasan.

Saya faham polis menjalankan tugas mereka sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap seorang wanita berusia begitu, isteri kepada bekas Perdana Menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini?

Keharmonian politik

Bukankah Malaysia baharu adalah tanda kepada perkembangan masyarakat kita? Ia bukan politik dendam tetapi keharmonian politik yang akan menyatukan kita semua agar kita semua dapat bergerak ke hadapan.

Sumber: Yananajib

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×