berita

Rumah Rasa Sunyi Sepi, Vicha Terpaksa Berpisah Dengan Anak-Anak

May 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelawak dan pelakon kelahiran Indonesia, Vicha meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya. Menurut Vicha, hampir dua tahun mereka tidak berjumpa dek kerana wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: ‘Thank You Daddy, Sayang Anak-Anak I Macam Anak Sendiri’ – Vicha

Artikel berkaitan: ‘Doa Biar Ambu Cepat Pulang Jumpa Kalian’ – Ucapan Vicha Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Buat Netizen Tersentuh

Artikel berkaitan: 7 Tahun Kenal ‘Daddy’, Vicha Umum Dah Kahwin Dengan Jejaka Nigeria – ‘Nak Bawa Anak-Anak Tinggal Bersama & Bersekolah Di Malaysia’

Artikel berkaitan: ‘Kena Pujuk Baru Mahu Ambil Gambar Bersama’ – Vicha Akhirnya Dedah Wajah Suami

Terbaru, Vicha memuat naik satu video sedih di mana dia terpaksa berpisah dan menghantar anak-anaknya pulang semula ke Indonesia.

Rumah rasa sunyi

Baru saja beberapa jam lepas anak-anak balik Bandung tapi rumah dah rasa lain rasa sunyi sepi biasa bising dekat rumah. Sedih tadi tengok mereka pergi. Tadinya tak nak menangis nak try to be strong depan mereka tapi lepas Tya peluk dan dia nangis terus tak boleh stop. Sampai ke kereta balik pun still menangis. Sampai tak tengok kanan kiri pasti orang pelik tengok i. Bukan senang tau nak jauh dari anak apalagi lepas 2 tahun lebih tak jumpa lepas tu jumpa tak sampai sebulan dah kena tinggal balik. Doakan kami ya supaya dapat sama-sama balik dengan mereka. I Love you all my Kids.

Menurut Vicha, bukan senang untuk seorang ibu berpisah dengan anak-anak. Tambah Vicha, sejak anak-anaknya datang ke Malaysia, rumahnya agak riuh-rendah. Namun begitu, selepas ketiga-tiga mereka pulang ke Bandung, rumahnya menjadi sangat sunyi. Ujar Vicha lagi, dia berharap mereka semua dapat tinggal bersama dalam masa terdekat. Ini kerana, Vicha tidak sanggup hidup berjauhan dengan anak-anak lagi.

Hantar anak balik Bandung

Menerusi video yang dikongsikan, Vicha dilihat menghantar anak-anaknya ke lapangan terbang. Suami Vicha, turut kelihatan dan mereka semua dilihat mengalirkan air mata sewaktu hendak berpisah. Rakan-rakan artis juga tidak dapat menahan sebak sewaktu melihat video perpisahan di antara ibu dan anak-anak itu. Menurut rakan artis seperti Syura dan Catriona Brian Ross, Vicha seorang yang kuat dan mereka pasti akan tinggal bersama suatu hari nanti.

Sumber: Vicha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×