Kediaman milik usahawan dan pempengaruh, Sajat yang dilelong bank diturunkan harga lagi menjadi RM4.21 juta.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Betul Rumah Dilelong, Saya Sudah Duduk Di Australia’ – Sajat
Artikel berkaitan: Kerja Sebagai Jurujual Dijadikan Persoalan, Sajat Respons ‘Saya Tak Kaya Tapi Rajin’
Tiada pembida
Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, pengurangan itu disebabkan tiada pembida bagi nilai RM4.68 juta pada Mei lalu.
Hari itu lelong RM4.68 juta, tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.
Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta.
Menurutnya, rumah milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.
Tarikh lelongan seteruskan akan diadakan pada 2 September depan.
Terdahulu, Sajat mengesahkan mengenai lelongan rumah tersebut menerusi siaran langsung di TikTok.
Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betul, rumah saya dilelong.
Selain itu, semua harta miliknya juga sudah tiada termasuk kereta dan perniagaan yang ditinggalkan di sini.
Sumber: Harian Metro