berita

‘Rumah Saya Memang Tidak Tutup Pagar’ – Kereta Rasmi Terbakar, Ini Respon Dr Maza

March 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Awal pagi ini, kenderaan rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dilaporkan terbakar. Menurut Berita Harian, kebakaran yang berlaku di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan Kangar itu menyebabkan bahagian bonet hangus dan cermin kereta hadapan pecah.

Di Facebook, Dr Maza berkata kebiasaannya kereta diparkir di pejabat namun takdir Allah malam tadi kereta diletakkan di rumah selepas program pada sebelah malam.

Bonet terbakar, cermin kereta pecah

Kata Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, selepas menerima panggilan kira-kira jam 6.05 pagi tadi mereka terus bergegas ke rumah Dr Maza.

Pihak polis bersama anggota bomba kemudian ke rumah beliau dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan.

Kebakaran dapat dipadamkan anggota bomba dan kereta untuk kegunaan rasmi itu rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan dan belakang.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat berikutan terdapatnya kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kereta akibat dibaling botol berisi petrol untuk tujuan membakar.

Tambahnya lagi, siasatan lanjut berkenaan insiden ini kini dijalankan untuk mencari punca sebenar kejadian.

Respon Dr Maza

Terima kasih kepada seluruh pasukan BOMBA dan PDRM yang membantu menyiasat kes kebakaran kenderaan kerajaan yang saya naiki. Ramai bertanya. Untuk makluman kami menyedari kejadian semasa bersiap untuk solat seawal 5.30 pagi. Biasanya kereta ini berada di pejabat. Takdir Allah beberapa hari ini saya parking di rumah selepas program sebelah malam. Rumah saya pula memang tidak menutup pagar sejak dahulu. Ini bagi membolehkan orang masuk terus ke pintu. Apatah lagi loceng rumah sudah lama rosak.

Mungkin kebakaran dari dalam enjin

Setakat ini pihak Forensik BOMBA yang bertungkus lumus dari awal pagi memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa siasatan awal mereka tidak menjumpai sebarang unsur sabotaj. Menurut mereka kemungkinan kebakaran berlaku dari dalam enjin di bahagian bateri. Tidak ditemui unsur luaran. Apapun, kita menunggu laporan sepenuhnya siasatan PDRM dan forensik BOMBA secara rasmi.

Kepada Allah pujian atas segalanya.

Sumber : Dr Maza , Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×