berita

Rumah Sewa Tawar Pelacuran RM60

May 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Dua wanita warganegara Sri Lanka ditahan, dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran di Subang Jaya, Selangor.

Artikel Berkaitan: ‘Show Off’ Hidup Mewah, 2 Influencer Terlibat Aktiviti Pelacuran Ditahan Polis Ketika Tunggu Pelanggan Di Hotel

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Ditahan Polis Langgan Pelacur Berulang Kali

Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup ‘Lacurkan’ Teman Wanita Sendiri Di Aplikasi MiChat Dengan Harga RM88

Guna khidmat orang tengah

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menjelaskan kegiatan khidmat seks itu berjaya dibongkarkan pihak polis menerusi Op Noda di Bandar Sunway.

Dalam operasi yang dijalankan pada 11 malam Rabu, pihak polis memberkas dua wanita yang berusia 30 dan 37 tahun itu yang menggunakan orang tengah dalam urusan pelacuran tersebut.

Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.

Dalam pada itu, pihak polis juga memperoleh beberapa barang bukti antaranya kondom, tisu dan wang tunai yang didakwa digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Kegiatan tersebut dipercayai aktif berselindung disebalik rumah sewa sejak tiga bulan lalu.

Mereka ini mensasarkan pelanggan dalam kalangan warga Bangladesh dan India.

Susulan itu, kedua-dua wanita warganegara asing itu direman selama 14 hari setelah mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway. Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×