Pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla akui sudah malas bermain media sosial disebabkan ada segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Bukan Tahu Apa Yang Isteri Pertama Lalui, Dah Banyak Benda Mereka Mengalah’ – Abang Tesla
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Kena Ikut Giliran’ – Misya Mazlan
Batu api…
Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, meminta pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat.
Saya jadi malas nak main media sosial semenjak dua menjak ini. Kalau boleh nak duduk senyap-senyap tanpa orang kenal.
Sebab dalam media sosial banyak sangat yang batu api dan jadi punca keretakan rumah tangga.
Kepada yang jadi batu api punca keretakan rumah tangga itu lebih baik bertaubat.
Abang Tesla meluahkan rasa kecewanya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Abang Tesla akui kesal dengan pihak yang membawa mulut dan menyampaikan berita kepada isteri-isterinya.
Sebab seperti kalian sedia maklum memang saya kahwin dua, jadi tak perlu batu api penyampai kepada isteri saya bila nampak saya keluar dengan isteri satu lagi.
Sumber: Instagram