Di Instagram Story, pelakon Idzham Ismail memberitahu dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Dapat Tawaran Promosi ‘Judi Online’, Tak Terima Fikir Soal Halal Haram
Tak boleh cerita
Menurut Idzham, dia tidak boleh bercerita secara terperinci mengenai apa yang berlaku dan apa yang membuatkan dirinya hadir ke mahkamah. Tambah Idzham lagi, semuanya masih dalam proses.
Berbicara lebih lanjut, Idzham berharap netizen dapat mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.
Assalamualaikum. Untuk setiap pertanyaan tentang kandungan story Instagram saya tu, saya tak boleh cerita detail. Masih dalam proses. Cuma saya minta doakan yang terbaik buat anak-anak saya.
Terdahulu, posting pelakon ‘Biarkan Ia Pergi’ ini telah menimbulkan persoalan dan seakan memberi bayangan berlaku konflik dalam rumah tangganya.
Sekadar info, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Doakan yang terbaik
Sumber: Idzham Ismail