Korang dah ada target untuk beli rumah tahun ni? Tahniah guys! Keputusan untuk beli rumah sememangnya satu keputusan yang besar dalam hidup. Lebih-lebih lagi kalau rumah tu ialah rumah pertama. Sekali seumur hidup, memang berdebar la jawabnya.
Korang dah tahu cara beli rumah dan proses beli rumah yang betul? Bagus sangat la tu. Sebenarnya tak sesukar yang disangka pun. Paling penting, korang tahu kat mana nak beli. Kalau korang tengah cari rumah baru di Selangor, kami rekomen yang ni untuk korang.
Kediaman di Caledonia, rumah idaman seisi keluarga!
Kami yakin pasti ada di antara korang yang baru je mendirikan rumah tangga baru-baru ni. Korang pun mesti dah ada perancangan bersama pasangan untuk dapatkan rumah pertama korang sekarang. Demi masa depan bersama gitu.
Kali ni kami nak kongsikan salah satu kediaman terbaik, iaitu Caledonia. Nama kediaman ni macam tempat di luar negara tapi sebenarnya kat Malaysia tau. Paling menarik, projek perumahan ni diusahakan oleh salah satu pemaju hartanah terbaik di Malaysia, iaitu KLK Land.
Caledonia merupakan rumah teres 2-tingkat seluas 20’x65′ dengan pegangan bebas bersesuaian untuk pemilik rumah pertama. Dengan 16 ekar kehijauan daripada perbandaran seluas 202 ekar, kediaman ni sesuai dengan gaya hidup seisi keluarga.
Dengar cerita, sekarang ramai orang Selangor berebut nak miliki kediaman di Caledonia ni tau. Jom kita tengok apa yang best tentangnya. Dah tengok ni, mesti korang ternganga nanti.
Terletak di Ijok, strategik gila tempat ni!
Caledonia ni kat Malaysia? Area mana?
Sekali imbas, ramai ingat luar negara. Tapi silap la. Sebenarnya Caledonia terletak di Ijok, 7km dari Bandar Seri Coalfields. Lokasi kediaman ni sangat strategik. Patut la ramai tergoda!
Eh, korang tinggal berhampiran berhampiran Ijok, Kota Puteri dan Bestari Jaya ke? Kalau nak upgrade daripada rumah sedia ada, boleh la miliki sebuah unit di Caledonia. Serius berbaloi.
Dihubungkan dengan banyak highway dan jalan utama di Lembah Klang
Dekat dengan highway tak?
Kenapa kami kata Caledonia ni strategik? Lokasinya dihubungkan dengan banyak highway dan jalan utama di Lembah Klang, terutamanya Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Utara-Selatan, DASH, LATAR dan NKVE. Dekat dengan highway, nak pergi mana-mana pun senang!
Shopping mall, sekolah, hospital dan lain-lain pun dekat je!
Mall, sekolah dan hospital macam mana? Dekat ke?
Ala, kan kami dah cakap tadi. Lokasi Caledonia ni memang strategik sampaikan korang nak pergi shopping di KIP mall Desa Coalfields, Setia Alam, Kota Damansara, Rawang, IKEA Damansara, malah Lapangan Terbang Subang sekalipun, ambil masa antara 25 hingga 35 minit je untuk sampai.
Ada anak korang yang masih bersekolah? Nak kediaman yang dekat dengan sekolah? Sekurang-kurangnya ada 7 sekolah dalam radius 10km dari Caledonia tau. Hospital dan klinik pun dekat. Tak payah risau la.
Kawalan yang ketat, selamat untuk didiami
Selamat ke? Ada security tak?
Kediaman di mana yang ada jaminan keselamatan terbaik? Jawapannya mesti la Caledonia! Dilengkapi dengan pagar perimeter anti-panjat dengan rondaan keselamatan berkala, korang sekeluarga akan tenang duduk di sini. Selesa dan selamat!
Untuk pengetahuan korang semua, projek perumahan di Caledonia yang terkini namanya Ayana. Korang try tengok kat bawah ni. Terpikat habis wei.
Ayana – rumah dengan teknologi moden yang memikat hati!
Korang nak miliki rumah moden dengan harga mampu milik? Takkan menyesal kalau pilih Ayana sebagai tempat tinggal korang bersama yang tersayang. Rumah jenis moden macam ni memang buat ramai tergoda la. Amazing habis!
Dilengkapi pendawaian 3 fasa, Solar Water Heater dan Unifi!
Ada kelengkapan menarik dalam unit?
Perumahan di Caledonia direka dengan saliran tersembunyi dan utiliti bawah tanah. Maknanya, semua utiliti termasuk kabel & paip berada di bawah tanah untuk memastikan pemandangan estetik dan juga meningkatkan kebolehpercayaan bekalan kuasa.
Setiap unit Ayana dilengkapi dengan pendawaian 3 fasa, Solar Water Heater dan tersedia Unifi. Bayangkan korang masih boleh enjoy gaya hidup moden dan berkualiti dengan teknologi moden ni tapi harga berpatutan. Tak boleh tolak oi!
Dah puas tengok? Sekarang korang dah tahu la kenapa ramai yang suka dengan Caledonia kan? Lebih-lebih lagi Ayana ni. Memang best dan menarik. Kediaman macam ni memang layak jadi rumah impian ramai.
Pendaftaran telah dibuka, bakal dilancarkan pada bulan Mei 2022!
Jangan lupa kongsikan perkara menarik tentang Caledonia kepada keluarga dan kawan-kawan korang. Mana la tahu ada yang tengah cari rumah kat Selangor dengan harga mampu milik kan. Setidak-tidaknya korang dah bantu mereka cari rumah idaman mereka!
Buat pengetahuan korang semua, pendaftaran untuk memiliki unit Ayana di Caledonia telah pun dibuka dan bakal dilancarkan pada bulan Mei 2022. Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp +60176373770. Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web http://www.caledonia.my/ okay.