Pelakon Mawar Rashid akhirnya buka mulut tentang spekulasi berkahwin lagi selepas bercerai pada November tahun lalu.
Artikel berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepakat Berpisah, Tiada Persefahaman Lagi
Artikel berkaitan: ‘Anak-Anak Masih Kecil Untuk Memahami, Kalau Tanya Saya Jawab Daddy Is Working’ – Mawar Rashid
Dapat ayah baru
Menerusi hantarannya di Instagram, Mawar memaklumkan perkahwinan tersebut merupakan antara ibunya, Marinee Abdullah dan jejaka dari negara Brunei.
Menurutnya, dia bersyukur dapat merasakan kehadiran seorang ayah dalam kehidupannya.
Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.
Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Prince Mateen kahwin dan babah (bapa tiri Mawar) dalam video itu.
Ibu menetap di Brunei
Dalam pada itu, Mawar turut meluahkan rasa sedih kerana bakal berjauhan dengan ibunya yang akan menetap di Brunei.
Walau bagaimanapun, ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata ini tumpang gembira buat ibunya.
Sukar untuk terima kenyataan yang Mumy (ibu Mawar) akan tinggal di Brunei tapi you deserve a happy life for the rest of your life. Untuk keluarga baru saya di Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen salah anggap dengan menyangka Mawar telah menamatkan zaman solonya.
Mawar buat suspense la. Ingat Mawar yang kahwin.
Haa yang fitnah tu baik minta maaf kat Mawar balik.
Fuh lega Mawar tak kahwin lagi.
Sumber: Mawar Rashid