berita

Rupanya Ini Cara KFC jaga Kualiti Makanan Diorang! Ini Pandangan Jujur Kami Terhadap Servis KFC!

November 9th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Haishhhh, tak tahu la kenapa tiba-tiba rasa nak makan ayam goreng KFC. Min pun apa lagi terus ajak suami ke cawangan KFC terdekat dan pesan snack plate. Proses nak buat pesanan dekat kaunter lancar cuma ramai orang.

Tunggu punya tunggu, pesanan min pun siap. Excited giler masa tu, mengidam la katakan! Masa ambil pesanan min perasan je saiz ayam yang min tak kecil macam yang digembar-gemburkan di media sosial.

Tak hairanlah masa KFC buat promo RM20 untuk 2 snack plate tu diorang terima sambutan hangat. Restoran KFC penuh orang.

Dah settle makan tergerak hati nak buka Instagram (IG) KFC, saja nak usha-usha posting dan komen-komen netizen di IG KFC. Masa ni barulah min perasan betapa telitinya KFC menjaga kualiti produk mereka supaya pelanggan sentiasa dapat ayam goreng yang juicy dan lazat. Patutlah promo baru-baru ni jadi buah mulut orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @kfcmalaysia

Ada banyak video dan posting yang menunjukkan proses penyediaan ayam goreng diorang. Respek min dengan KFC. Diorang dengar keluhan netizen.

Berikut adalah langkah-langkah dan aspek yang KFC titikberatkan dan ambil bagi menjaga kualiti ayam goreng diorang.

1. Gunakan ayam segar setiap hari.

Kalau korang nak tahu, KFC menjaga kualiti ayam goreng mereka dengan menggunakan ayam segar. Diorang ayam sejuk beku. Sebaliknya, ayam yang digunakan KFC di hantar terus daripada ladang setelah disembelih, diproses dan melepasi semakan kualiti (QC).

2. Ayam di hantar, disediakan, diperap dan digoreng segar setiap hari.

Stok Ayam yang sampai ke restoran d-“prep” setiap hari tau. takde nak simpan-simpan atau bekukan. Jadi, jangan pelik kalau korang ke restoran KFC bila ayam dah habis, diorang mintak korang tunggu sekejap sebab diorang kene prepare ayam tu freshly dari awal tau.

3. Makanan ayam yang digunakan berkualiti tinggi

Selain itu, ayam yang digunakan KFC di ternak oleh ladang yang menerima kelulusan ibu pejabat KFC (HQ). Ada banyak proses yang dititik beratkan termasuklah proses tumbesaran ayam. Kualiti makanan yang diberikan kepada ayam juga dipantau bagi memastikan ayam membesar dengan baik dan sihat-sihat belaka.

Bayangkanlah makanan ayam-ayam ternakan ini merupakan makanan berkualiti tinggi berasaskan tumbuh-tumbuhan yang di import daripada Argentina dan Brazil. Hal ini adalah langkah untuk memastikan daging ayam empuk dan lembut setelah dimasak.

4. Kualiti tepung salutan ayam dijaga setiap masa.

Lebih dahsyat lagi, salutan tepung pada ayam goreng KFC dilakukan setiap hari. Salutan tepung yang digunakan dihasilkan dengan menggabungkan 11 herba dan rempah ratus rahsia untuk memberikan ekstra umami pada rasa ayam goreng KFC. Maka, tak hairanlah rasa ayam goreng KFC lain daripada yang lain.

Buat korang yang dah lama tak makan ayam KFC or ada rancang nak bawa keluarga menikmati ayam KFC, inilah masanya kerana KFC menjanjikan ayam goreng yang berkualiti untuk hidangan sekeluarga

**Sementara stock masih ada

** Tertakluk pada terma & syarat.

Jom singgah ke restoran KFC yang berdekatan dengan korang sekarang atau dapatkan KFC melalui aplikasi KFC, Grab, Foodpanda, Shopee food.

Muat turun aplikasi KFC disini.

IOS: KFC Malaysia

Android: KFC Malaysia

SKIP THIS AD ×