berita

Rupanya Ramai Pernah Jumpa! Netizen Throwback Gambar Di Kedai Buku Bersama Sultan Perak

February 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Perak dan juga Malaysia. Sifat keperibadian baginda yang berjiwa rakyat, sangat merendah diri dan seorang yang intelektual membuatkan masyarakat sangat menyanjungi baginda.

Di Twitter, netizen berkongsi foto mereka bersama baginda sewaktu berada di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur. Kesemua foto tersebut diambil di kedai yang sama dan hal ini jelas menunjukkan baginda seorang yang suka membaca dan memetingkan akademik.

Boleh apa salahnya

Menerusi Twitter Puteri N Balqis, wanita ini berkongsi fotonya bersama Sultan Nazrin sewaktu berkunjung di sebuah kedai buku. Menurutnya, sebaik sahaja ternampak baginda di dalam kedai buku berkenaan, dia cuba memberanikan diri untuk meminta kebenaran bergambar.

Menurutnya, tuanku tidak kisah jika dia ingin mengambil gambar bersama. Perasaan gembira dan berbesar hati turut dinyatakan wanita tersebut sebaik sahaja berjaya mengambil gambar bersama Sultan Perak tersebut. Melalui posting tersebut, rata-rata netizen yang pernah mempunyai pengalaman yang sama turut berkongsi foto mereka.

Gambar zaman sekolah

Berani snap dari jauh

Sumber: Puteri N Balqis

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×