berita

Rusuhan Kuil : Patah Tulang Rusuk & Alami Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Kini Di ICU

November 27th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman ekoran daripada isu perselisihan perpindahan. Dalam kejadian itu, sebanyak 18 kereta dan dua motosikal rosak akibat dibakar sehingga menyebabkan 700 pegawai polis dan bomba turun padang.

Paling menyedihkan, apabila seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terlibat dalam misi menyelamat itu cedera. Dia yang dipercayai duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul teruk.

Mengalami kerosakan teruk

Dalam kejadian 1 pagi tadi, jentera FRT milik BBP Subang Jaya turut mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan.

Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah di cucuk objek tajam selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera yang kemek dipercayai dipukul objek keras.

Menurut laporan, mangsa hadir ke lokasi bersama beberapa lagi anggota lain bagi memadam kebakaran sebuah kenderaan yang dibakar perusuh di luar kuil. Namun, mereka diserang sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan. Mangsa turut ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul teruk.

Mangsa kritikal

Akibat diserang perusuh, mangsa yang dipercayai mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan dalaman lain kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kini ditempatkan di unit ICU bagi membolehkan kesihatannya dipantau.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mangsa masih tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk sehingga patah tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman.

Tindakan melampau

Pihak polis cuba meredakan keadaan dengan memberi peluang kepada kumpulan berkenaan, namun mereka dilihat sudah melampau. Malah, polis juga sudah melakukan tangkapan serta siasatan sedang dilakukan, jadi kita tidak boleh mengambil tindakan secara melulu.

Ini bukan soal agama atau bangsa sebaliknya isu di antara pihak kuil dan syarikat pembinaan. Pihak polis cuba meredakan keadaan dengan memberi peluang kepada kumpulan berkenaan, namun mereka dilihat sudah melampau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berharap insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya menjadi pengajaran berharga kepada semua pemimpin. Beliau turut menganggap tindakan yang berlaku itu sesuatu yang melampau.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×