Pelakon, Ruzaidi Abdul Rahman berpendapat bahawa masih belum ada pelakon di dalam industri perfileman negara yang boleh menjadi aktor aksi lasak yang bagus.
Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Perjelas Ketidakhadiran Aman Graseka Pada Majlis Tayangan Perdana Pungut – ‘Dia Duduk Jauh & Sibuk Berniaga’
‘Lembik dan kayu’
Ketika ditemui OhBulan!, Ruzaidi, 59, berkata, melalui pemerhatian yang dibuat, ramai pelakon lelaki yang melakonkan aksi lasak tidak mempunyai fizikal dan tahap kecergasan yang bagus.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Jibon’ ini, kebanyakan daripada mereka juga hanya bersandarkan pada rupa paras yang ada semata-mata.
Baru-baru ini saya diminta untuk melakukan koreografer untuk babak aksi, pelakonnya memang ‘sado’ tetapi tak boleh bertumbuk dan berlawan.
Saya kecewa melihat pelakon baharu itu. Badan cantik, muka dah kacak tetapi tak boleh berlawan. Dia kena buat juga aksi perlawanan itu tapi tak cantiklah.
Betapa susahnya saya nak mengajar dia berlawan. Semua teknik asas mempertahankan diri pun dia tak boleh buat.
Ruzaidi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media bagi filem ‘Pungut’ yang diadakan di GSC Mid Valley, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ruzaidi berpendapat bahawa kekurangan pelapis aktor aksi lasak akan membuatkan industri perfileman negara sukar untuk bersaing dengan filem luar seperti Hong Kong dan Hollywood.
Belum nampak lagi bakatnya, kalau ada pun ia nampak seperti dibuat-buat.
Tiada yang kita letak terus jadi, nampak banyak yang dibuat-buat sahaja. Tapi itulah yang ramai agung-agungkan.
Macam mana kita nak bersaing dengan Hong Kong, Hollywood?.
Sekadar info, Ruzaidi tampil menerusi filem terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Pungut’ dengan memegang watak sebagai ‘Salleh’
Selain Ruzaidi, filem ‘Pungut’ ini turut dibintangi Aman Graseka, Fad Anuar, Megat Sharizal dan ramai lagi.