Pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery bertindak memulangkan bayaran membabitkan kempen jenama produk yang diboikot atas solidariti terhadap rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: Isteri Ryan Bakery Menunggu Hari Untuk Bersalin – ‘Jantina Insya-Allah Anak Lelaki, Namanya Ryan Ezra’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Gunting Rambut Ni Sayang, Ini Duit & Karakter Saya’ – Ryan Bakery
Pulangkan bayaran
Ketika ditemui OhBulan!, Ryan berkata dia akui resah sekiranya meneruskan kerja mempromosikan kempen membabitkan barangan buatan zionis.
Jelas Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, keberkatan dalam mencari rezeki adalah lebih penting.
Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan.
Saya akui perkara ini membuatkan saya resah kalau saya buat kerja itu (promosi barang zionis), duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan.
Sesebuah kempen ada tempoh serta tarikh tertentu yang menuntut saya untuk ‘post’ kandungan bagi produk tersebut.
Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’ (batalkan), sebab faham perkara ini terlalu sensitif.
Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan.
Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Lepak Bersama Indigital Music yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu bersyukur apabila pihak ‘endorsement’ memahami pendiriannya dan keputusan yang dilakukan.
Saya percaya dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan kepaada endorsement, minta maaf pada mereka kerana saya tidak boleh perkara ini.
Alhamdulillah client dan pada pihak pengurusan, Indigital Music faham mengenai pendirian saya.
Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh saya elakkan perkara melibatkan barangan Israel.
Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham.