berita

Ryan Bakery Sertai Kelas Vokal Demi Famili Duo, Janji Beri Saingan Kepada Peserta Lain

September 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery tidak menganggap dirinya dan adik, Adam Bakery sebagai peserta ‘tangkap muat’ atau tempelan dalam program realiti, Famili Duo 3.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo

Artikel Berkaitan: Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’

Buat persediaan sertai kelas vokal

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media Famili Duo, hari ini, Ryan mengakui bahawa bakatnya tidak sehebat peserta lain terutama daripada segi vokal. Namun begitu, dia akan memastikan pembabitannya bersama Adam bakal memberi saingan kepada semua peserta yang lain.

Saya tak anggap pun macam tu (tangkap muat). Hendak kata pandai sangat menyanyi tak adalah. Tapi kami bolehlah menyanyi. Lagipun kami ada buat persediaan dengan menyertai kelas vokal. Bukannya kami masuk membuta tuli.

Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, akan memastikan pembabitannya bakal memberi saingan.

Program ini ada dua kategori undian iaitu juri tetap dan penonton. Sebagai pempengaruh, saya kena beritahu mengenai undian itu kepada pengikut.

Selain Ryan dan Adam, Famili Duo kali ini menampilkan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu), Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Shila Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Sementara itu, Ajai dan Mas Idayu masih kekal menduduki kerusi juri manakala Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan sebagai pengacara.

Sekadar info, duo juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus).

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×