berita

Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’

September 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Famili Duo, program realiti nyanyian TV3 kembali dengan musim baharu menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air.

Bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my. Tak sabarnya!

Angkat nilai kekeluargaan

Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain di mana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.

Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh penaja utama iaitu Ogawa, Elegent Cosmetic sebagai penaja bersama dan Centrum sebagai rakan penaja. Program lapan episod ini menggandingkan Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Ia menyaksikan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM10,000!

Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 di pentas akhir nanti! Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (70%) dan undian atas talian oleh penonton (30%).

Antara lima pasangan yang akan bersaing di musim baharu Famili Duo adalah Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Adira Suhaimi & Emma Suhaimi (adik beradik), Shila Amzah & Amir Syahir (adik beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) serta Ryan Bakery & Adam Bakery (adik beradik).

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×